Kalau awak FOLLOW, saya follow sekali !

KliK Ini Sekali taw ! SEKALI JER :)

Thursday, July 7, 2011

BM1-HIPOTESIS ASAL USUL BAHASA MELAYU

HIPOTESIS TEMPAT ASAL BAHASA MELAYU

1.                 Untuk
mengetahui tempat asal bahasa, kajian tempat asal usul bangsa Melayu yang
menuturkan bahasa ter sebut perlu dilakukan.

2.                 Terdapat dua hipotesis tentang asal usul bangsa Melayu, iaitu : 

(a)    kawasan Asia Tengah
(b)   kawasan Nusantara


KAWASAN ASIA TENGAH

  1. Menurut
         hipotesis ini, orang Melayu dikatakan berpindah dari utara ke selatan.
         Mereke dikatakan berasal dari selatan China. Tempat-tempat yang
         diketengahkan oleh para penyelidik
        
    termasuklah daerah Yunan di selatan China, Assam di Burma, dan
         Campa di selatan Indo-China

  1. Penghijrahan
         mereka dipercayai berlaku dalam dua kumpulan, iaitu Melayu Proto dan
         Melayu Deutro. Kumpulan Melayu Proto dipercayai berhijrah ke Nusantara
         kira-kira pada tahun 2500 SM.
  1. Peradaban
         orang Melayu Proto ini dikatakan lebih maju daripada orang Negrito yang
         sudah sedia ada di Nusantara. Orang Melayu Proto dikatakan hidup
         berpindah-randah. Namun demikian, mereka pandai membuat alat bercucuk
         tanam, barangan pecah-belah, dan alat perhiasan. Zaman mereka ini dikenali
         sebagai Zaman Neolitik atau Zaman Batu Baru.

  1. Hipotesis
         penghijrahan kumpulan Melayu Proto ini mula-mula dikemukakan oleh P.
         Sarasin dan F.Sarasin pada tahun 1892. Hipotesis ini dikemudiannya
         diperkukuh oleh R.H. Golden (seorang ahli prasejarah dan profesor di
         Institut Pengajian Asia, Iran) pada tahun 1932.

  1. Melalui
         kajian yang dibuatnya terhadap beliung-beliung batu bersegi panjang.
         Geldern menapati bahawa kapak-kapak yang dibuat daripada batu yang
         terdapat di sekitar hulu Sungai Brahmaputra, Sunagi Irrawadi, Sungai
         Salween, Sungai Yangtze, dan Sungai Hwang Ho itu turut ditemukan di
         beberapa tempat lain di kawasan Nusantara.

  1. Penghijrahan
         Kumpulan Melayu Deutro pula dikatakan berlaku kira-kira pada tahun 1500SM.
         Kumpulan ini dipercayai datang dari daerah Yunan di selatan China. Mereka
         memiliki tamadun yang lebih maju daripada Kumpulan Melayu Proto.
  1. Zaman
         mereka dikenal sebagai Zaman Logam dan mereka membuat alat pemburuan dan
         pertanian daripada besi. Selain itu, Melayu Deutro pandai dalam bidang
         pelayaran dan astronomi. Mereka hidup di tepi pantai dan kemudiannya
         bersebaran hampir keseluruh Kepulauan Melayu.
  1. Kedatangan
         Melayu Deutro menyebabkan Melayu Proto berpindah ke kawasan pedalaman,
         iaitu di kawasan hutan dan pergunungan. Hal ini sesuai dengan mereka yang
         suka berpindah-randah. Kumpulan Melayu Proto inilah yang menjadi nenek
         moyang kepada suku orang Asli seperti Semang, Jakun, Senoi, dan
         sebagainya.
  1. Kumpulan Melayu
         Deutro hidup di kawasan di persisiran pantai dan sebagai nelayan.
         Sebahagian mereka membina petempatan yang berhampiran dengan sungai dan
         lembah yang subur. Mereka menjalankan kerja pertanian dan memburu
         binatang.
10.  Orang Melayu Deutro pandai bermasyarakat.
Mereka berlayar ke pulau-pulau di seluruh Kepulauan Melayu dan akhirnya
berkembang menjadi bangsa Melayu dan bangsa Indonesia yang ada sekarang.

11.  Selain Geldern, terdapat beberapa orang
ahli budaya yang turut berpendapat bahawa orang Melayu berasal dari kawasan
Asia Tengah. Antara mereka termasuklah J.R. Logan yang membuat kajian
berdasarkan adat resam suku bangsa Asia. Beliau mendapati bahwasa wujud
persamaan antara adat resam kaum Melayu dengan adat resam kaum Naga di Assam di
daerah Burma (Myanmar). Persamaaan yang wujud ini menunjukkan bahawa bahasa
melayu mempunyai hubungan dengan bahasa di Asia Tengah.

12.  Ahli-ahli budaya lain, seperti G.K Nieman
dan R.M. Clark juga membuat kajian tentang adat resam dan menghasilkan
kesimpulan bahawa daratan Asia merupakan tanah asal nenek moyang bangsa Melayu.

13.  Hipotesis pertama ini turut disokong oleh
dua orang sarjana Melayu, iaitu Asmah Haji Omar dari Malaysia dan Slametmuljana
dari Indonesia.


14.  Asmah Haji Omar berpendapat bahawa
penghijrahan orang Melayu dari daratan Asia ke Nusantara tidak berlaku sekali
gus dan mereka tidak melalui laluan yang sama. Menurut beliau ada yang melalui
daratan melintasi Tanah Semenanjung Malaysia, ada melalui Lautan Hindi dan ada
yang pula melintasi Lautan China Selatan.


15.  Slametmurjana pula membuat penyelidikannya
berdasarkan perbandingan bahasa dan berpendapat bahawa bahasa Astronesia yang
di dalamnya termasuk bahasa Melayu adalah dari daratan Asia.

16.  Walau bagaimanapun, hipotesis pertama ini
menimbulkan pelbagai keraguan. Salah satunya berkaitan dengan tarikh berlakunya
penghijrahan. Tarikh penghijrahan Melayu Proto dengan Melayu Deutro adalah
bertentangan dengan kajian arkeologi yang menunjukkan manusia moden (Homo sapiens) telah wujud di Kepulauan
Melayu sejak 35 000 tahun yang lalu.

17.  Malah, kalau diteliti dari warna kulit,
bangsa Melayu yang berkulit coklat tinggal di Thailand Selatan, Malaysia, Brunei,
Indonesia, Filipina Selatan Singapura, memang berbeza daripada bangsa di Asia
Tengah, baik bangsa Cina di sebelah timur mahupun bangsa India di sebelah barat
yang berkulit cerah. Mereka bukan sahaja berbeza dari warna kulit, bentuk dan
anggota badan tetapi juga daripada segi bahasa dan kebudayaan.

18.  Selain itu, bukti beliung batu yang
dikemukakan oleh Geldern juga meragukan. Artifak ini bukan sahaja ditemui di
Timur Tengah dan Nusantara, tetapi juga di Amerika dan Eopah. Artifak ini
sebenarnya ada pada mana-mana masyarakat primitif di seluruh dunia. Apatah lagi
secara kebetulan Geldern membuat kajiannya bermula dari Asia Tengah ke
Nusantara. Sekiranya beliau memulakan kajian dari Nusantara ke Asia Tengah,
mungkin beliau akan menghasilkan kesimpulan bahawa bangsa Asia Tengah itu
berasal dari Nusantara.

19.  Seterusnya kajian bahasa juga tidak
menyokong hipotesis bahawa bahasa Melayu berasal daripada bahasa di Asia
Tengah. Kajian bahasa menunjukkan bahawa bahasa Melayu berasal daripada rumpun
Astronesia, bukan daripada rumpun China-Tibet yang melahirkan bahasa China, Tibet,
Siam, Miao, Yiu, dan Burma.


KAWASAN NUSANTARA

1.      Hipotesis ini menolak pendapat bahawa
bangsa Melayu berasal dari kawasan Asia Tengah. Para pengkaji yang mendokong
hipotesis ini mengemukakan beberapa tempat asal bahasa Astronesia, iaitu rumpun
yang menurunkan bahasa melayu. Antaranya, termasuklah Sumatera, Jawa,
Melanesia, New Guinea, dan Filipina. Para pengkaji mengemukakan beberapa bukti
yang menjelaskan dakwaan mereka.


2.      Bukti pertama dapat dilihat daripada segi
kajian bahasa di kawasan selatan Asia. Hasil daripada penyelidikan perbandingan
bahasa yang dilakukan oleh beberapa orang pengkaji bahasa menunjukkan bahawa
bahasa-bahasa di Nusantara memang mempunyai hubungan kekerabatan, iaitu induk
kepada bahasa-bahasa tersebut ialah bahasa Astronesia.


3.      Kajian C.A.Mess mendapati bahawa bahasa-bahasa
daripada rumpun Astronesia mempunyai persamaan yang banyak daripada segi
perkataan, sistem imbuhan dan susunan tatabahasa. Sebagai contohmya, kata-kata
seperti mata, telinga, dan lima sering
timbul dalam bahasa-bahasa tersebut.


4.      Penutur bahasa daripada rumpun bahasa
Astroneia ini dipercayai berpusat di pesisir pantai yang strategik di Kepulauan
Melayu. Dari situlah mereka membawa mereka membawa bahasa tersebut ke barat
hingga ke Madagaskar di Lautan Hindi dan ke timur hingga ke Pulau Easter di
Lautan Pasifik.


5.      Kajian Williams Marsden menunjukkan bahawa
bahasa Melayu serumpun dengan bahasa Mekanesia, Melanesia, dan Polinesia yang
kesemuanya daripada induk bahasa Austronesia. Kekerabatan bahasa seperti ini
tidak ditemukan dalam bahasa-bahasa di Asia Tengah. Oleh hal yang demikian,
asal nenek moyang bagi bahasa Melayu bukan dari Asia Tengah.

6.      Berdasarkan kekerabatan bahasa, Isidore
Dyen berpendapat bahawa orang Melayu mungkin berasal dari Formosa, New Guinea,
atau Melanesia. Gorys Keraf dalam buku Linguistik
Bandingan Historis
pula menyatakan bahawa nenek moyang bahasa Melayu sudah
sedia ada di Kepulauan Melayu dan mereka menggunakan bahasa keluarga Nusantara.
Menurut beliau, negeri asal nenek moyang bangsa Austronesia iailah Indonesia
dan Filipina.

7.      Seterusnya, kajian kebudayaan juga dapat
membuktikan bahawa asal usul bahasa Melayu adalah dari kawasan Nusantara.
Sehubungan dengan itu, seorang sarjana Inggeris bernama John Crawfurd membuat
kajian perbandingan bahasa yang terdapat di Sumatera, Jawa, Kalimantan, dan
kawasan Polinesia. Hasil daripada kajian beliau, menunjukkan bahawa bangsa
Melayu dan bangsa Jawa telah memiliki tahap kebudayaan yang tinggi pada abad
kesembilan belas.

8.      Menurut Crawfurd, untuk mencapai tahap
kebudayaan yang menonjol itu, kedua-dua budaya itu tentu telah mengalami
perkembangan beberapa abad sebelum itu. Berasaskan anggapan ini, beliau membuat
kesimpulan tempat asal asal orang Melayu di Sumatera dan Jawa. Dengan kata
lain, bahasa Melayu di Sumatera dalam bahasa Jawa (di pulau Jawa) merupakan
bahasa induk kepada bahasa-bahasa serumpun yang tersebar di Kepulauan Melayu.

9.      Hipotesis kedua ini juga disokong oleh
kajian arkeologi kerana penemuan fosil-fosil di Nusantara menunjukan bahawa manusia
telah lama mendiami Kepulauan Melayu. Sebagai buktinya, fosil manusia yang
ditemukan menunjukan bahawa manusia Jawa telah wujud di Pulau Jawa sejak dua
juta tahun yang lalu.

10.  Selanjutnya, kajian terhadap tengkorak
manusia menunjukan usia tengkorak manusia yang ditemukan di Nusantara lebih tua
daripada tengkorak yang ditemukan di Asia Tengah. Hal ini terbukti, Mojokerta
dan Pithecanthropus Trinil yang masing-masing berusia kira-kira 670 000 tahun
dan 600 000 tahun berbanding dengan Sinanthropus Pekinensis (Manusia Peking)
yang ditemukan di China hanya berusia kira-kira 550 000 tahun. Daripada bukti
kajian purba, dapat disimpulkan bahawa nenek moyang bangsa Austronesia dan
Melayu bukan berasal dari Asia Tengah kerana manusia awal telah lama ada di
Nusantara.

11.  Bukti lain yang menunjukkan bahawa orang
Melayu merupakan penduduk asal di Nusantara juga dapat diselidiki dari sudut
Geografi. Dari zaman Pilosen hingga Zaman Pleistosen, Nusantara dan Australia
dikatakan terdiri daripada dua buah daratan luas yang telah telah dihuni
manusia. Daratan Nusantara dikenali sebagai Pentas Sunda manakala Daratan
Australia dinamai Pentas Sahul.

12.  Kedua-dua daratan yang besar ini kemudian
berpecah kepada pulau-pulau yang besar dan kecil sebagai akibat pencairan glasier.
Pencairan glasier menyebabkan Pentas Sunda dan Pentas Sahul ditenggelami air
dan beberapa daratan yang tinggi menjadi pulau, sama ada pulau yang besar atau
kecil. Pulau Sumatera, Pulau Jawa, Pulau Kalimantan, dan pulau-pulau lain di
Indonesia manakalan Pentas Sahul berpecah kepada benua Australia dan New
Guinea.

13.  Pemisahan antara satu daratan lain ini
menyebabkan manusia yang tinggal di situ berpindah dari satu daratan ke satu
daratan yang lain. Daripada huraian ini, dapat disimpulkan bahawa perpindahan
manusia yang berlaku bukan dari Asia Tengah ke Nusantara tetapi penduduk asal
di Nusantara berpindah disebabkan proses geografi. Justeru, orang Melayu pada
asalnya memang penduduk di Nusantara, bukan berhijrah dari Asia Tengah.

PA2-TALASEMIA

Adakah
talasemia?




Talasemia (katakanlah "thal-uh-SEE-mee-uh")
adalah kelainan darah yang diturunkan yang menyebabkan badan anda menghasilkan
lebih sedikit hemoglobin. Hemoglobin sel darah merah membantu mengedarkan
oksigen ke seluruh tubuh anda. Rendahnya tingkat hemoglobin boleh menyebabkan
anemia, sebuah penyakit yang membuat anda merasa lemah dan lelah. Parah anemia
boleh merosakkan organ dan mengakibatkan kematian.



Apa yang menyebabkan talasemia?



Sebuah cacat dalam satu
atau lebih gen menyebabkan talasemia.
Ini adalah kelainan darah yang
diturunkan, lulus dari orangtua kepada anak. Kedua orang tua harus membawa gen
bagi penyakit dalam rangka untuk menyampaikan kepada anak mereka.




Apakah jenis talasemia?



Talasemia alfa dan beta talasemia adalah dua jenis utama
penyakit. Beta adalah bentuk yang paling umum. Sebuah
"pembawa" mempunyai satu gen normal dan satu gen talasemia dalam
semua sel-sel tubuh, keadaan kadang-kadang disebut "sifat talasemia."
Kebanyakan pembekal memimpin muzik, hidup sihat.




Beta talasemia

Beta talasemia terjadi ketika salah satu atau kedua gen
yang menghasilkan beta-globin tidak bekerja atau hanya bekerja sebagian cara
mereka seharusnya. Orang perlu kedua alfa-dan beta-globin untuk membuat
hemoglobin. Pesakit Talasemia terutamanya
mempengaruhi orang-orang dari wilayah sekitar Laut Tengah (seperti orang-orang
Greece dan Itali) dan, lebih jarang, orang-orang keturunan Afrika dan Asia.



Ada beberapa subtipe talasemia beta. Jenis anda bergantung pada apakah salah satu atau
kedua gen yang terjejas dan apakah gen-gen tersebut masih menghasilkan beberapa
bekerja beta-globin.




■ Jika anda membawa sifat genetik untuk talasemia atau
mempunyai satu rosak gen beta-globin, anda mungkin mempunyai anemia ringan dan
mungkin tidak memerlukan rawatan.
Keadaan
ini disebut beta talasemia minor atau sifat talasemia beta. Anda memiliki sifat
talasemia ketika anda mewarisi gen normal dari orangtua dan satu gen talasemia
daripada yang lain.


■ Ketika kedua gen
beta-globin rosak, sedang atau berat anemia boleh berkembang.
Dalam
situasi ini, anda telah mewarisi gen talasemia dari masing-masing orangtua.


■ Jika anda mempunyai anemia sederhana (beta talasemia
intermedia), anda mungkin memerlukan pemindahan darah. Orang yang telah beta
talasemia intermedia biasanya hidup sampai dewasa.


■ Orang dengan anemia berat (disebut beta talasemia mayor
atau Cooley's anemia) biasanya tidak akan hidup sampai dewasa tanpa rawatan.
Anemia Gejala biasanya timbul dalam waktu 6 bulan birth.1 Jika anak mulai
menerima pemindahan darah pagi-pagi dan terus menerima mereka sepanjang hidup,
ia cenderung hidup lebih lama. Kematian biasanya akibat kerosakan organ,
seperti jantung atau hati. Kekurangan oksigen atau kelebihan beban besi
daripada pemindahan darah menyebabkan kerosakan organ.


Alpha talasemia

Alpha talasemia terjadi apabila satu atau lebih daripada
empat gen yang penting untuk membuat hemoglobin yang hilang atau rosak. Alpha talasemia terutamanya mempengaruhi orang-orang
dari Asia Tenggara, China, dan Filipina, meskipun berlaku di banyak penduduk di
seluruh dunia.
Hal ini kadang-kadang terlihat pada orang keturunan
Afrika.




Ada empat subtipe talasemia alfa. Setiap jenis mewakili
kehilangan atau kerosakan pada satu, dua, tiga, atau empat gen.




■ Satu gen: Jika salah satu gen globin alpha-hilang atau
rosak, anda tidak akan mempunyai gejala dan tidak memerlukan rawatan. Tapi anda
adalah seorang pembawa diam. Ini bererti anda tidak mempunyai penyakit tetapi
anda boleh melewati gen rosak kepada anak anda. Lebih
kecil daripada sel darah muzik mungkin satu-satunya tanda keadaan.

■ Dua gen: Jika dua gen globin alpha-hilang atau
rosak, anda akan memiliki anemia yang sangat ringan tidak memerlukan rawatan.
Ini dikenali dengan sebutan alpha talasemia minor atau sifat talasemia alfa.


■ Tiga gen: Jika tiga gen globin alpha-hilang, anda akan
memiliki berat ringan sampai sedang anemia. Ini kadang-kadang disebut penyakit
hemoglobin H, kerana menghasilkan hemoglobin yang berat. Tubuh menghilangkan
hemoglobin berat ini lebih cepat daripada yang tidak normal hemoglobin.
Bentuk-bentuk yang lebih parah mungkin perlu rawatan dengan pemindahan darah.


■ Empat gen: Jika semua empat gen globin alpha-hilang
(alpha talasemia mayor), janin akan lahir mati atau anak akan mati tidak lama
selepas birth.1 The hemoglobin yang dihasilkan oleh keadaan ini kadang-kadang
disebut Hb Barts.


Apa saja gejalanya?



Saringan ringan biasanya tidak menyebabkan gejala apapun.
Namun gejala anemia boleh berkembang dalam bentuk yang lebih parah kondisi dan
mungkin termasuk:




■ Kelemahan.

■ Kelelahan.

■ ringan.

■ Kulit yang tampak lebih pucat dari biasanya.

■ Penyakit kuning (kulit dan putih mata tampak kuning).

■ Dark urin.

■ Penurunan nafsu makan dan penurunan berat badan (miskin
pertumbuhan pada anak).


■ Sebuah denyut jantung yang cepat.

■ Sesak napas selama latihan.

Bagaimanakah talasemia didiagnosis?



Sebuah pemeriksaan fizikal dan riwayat kesihatan lengkap
biasanya langkah pertama dalam mendiagnosis talasemia. Ujian yang mengesahkan
diagnosis talasemia meliputi:




■ darah Complete count (CBC) dan darah Pap.

■ Gene tes.

■ peringkat Besi ujian, untuk menentukan apakah anemia
kekurangan zat besi hadir.


■ Sebuah tes darah yang mengukur jumlah pelbagai jenis
hemoglobin (hemoglobin elektroforesis), untuk membantu mengetahui jenis
talasemia yang anda miliki.


■ hitung darah lengkap (CBC) uji pada ahli lain keluarga
anda (orangtua dan saudara kandung), untuk mengetahui apakah mereka mungkin
juga mempunyai talasemia.


Bagaimana penyakit ini dirawat?



Pengobatan untuk talasemia bergantung pada gejala.



■ talasemia ringan, bentuk yang paling umum, tidak
memerlukan rawatan.


■ Moderaterna talasemia boleh diubati dengan suplemen
asam folat dan pemindahan darah.


■ talasemia yang teruk boleh dirawat dengan:

■ Darah pemindahan.

■ asam folat.

■ A splenektomi, yang merupakan operasi pengangkatan
limpa.


■ transplantasi sumsum tulang, dalam beberapa kes yang
teruk.


Sangat jarang bentuk talasemia boleh menyebabkan
kerosakan organ yang boleh mengakibatkan kematian. Kerosakan ini berlaku
apabila tidak cukup oksigen mencapai organ. Besi yang berlebihan juga boleh
merosakkan organ, terutama hati. Tubuh bisa mendapatkan terlalu banyak zat besi
melalui pemindahan darah berulang. Jika hal ini berlaku, doktor mungkin memberikan
terapi Chelating. Atau anda mungkin mendapatkan ubat yang mengikat besi dalam
tubuh anda dan memindahkannya melalui air seni atau tahi anda. Anda boleh
mengambil ubat ini sebagai pil atau memilikinya dipompa di bawah kulit melalui
tabung tipis.








Perjanjian Kanagawa
telah ditandatangani antara Jepun dengan Amerika, manakala Perjanjian Nanking
ditandatangani antara China dengan British. Kedua-dua perjanjian merupakan
perjanjian penting yang membawa banyak kesan politik, ekonomi, dan sosial
terhadap China dan Jepun.



Kegiatan perdagangan giat dijalankan Amerika Syarikat pada awal abad ke 19,
iaitu kegiatan perdagangannya dengan Negara China di Canton. Atas kepentingan
inilah Amerika Syarikat merasakan betapa pentingnya mencari pelabuhan
persinggahan. Dalam hubungan ini negara Jepun merupakan negara yang paling
sesuai sebagai pangkalan arang batu dan juga pelabuhan persinggahan. Disamping
itu Amerika Syarikat juga menjalankan kegiatan menangkap ikan paus di Pasifik
Utara dan kebiasaannya anak-anak kapal sering terkandas di pinggir laut Jepun.
Memandangkan keadaan yang sedemikian, Amerika Syarikat merasakan perlu diadakan
hubungan dengan menghantar rombongan ke Jepun bagi memenuhi kepentingan desakan
ekonomi ini.



Hasil pertemuan ini maka perjanjian Kanagawa telah ditandatangani oleh Amerika
Syarikat dengan Jepun pada tahun 1854. Ini merupakan perjanjian yang pertama
bagi Negara Jepun ke atas Negara Barat. Sesungguhnya perjanjian ini membawa
kesan yang banyak ke atas Negara Jepun



Dari segi politik, Perjanjian Kanagawa menandakan bermulanya Dasar Buka Pintu
Jepun.

Ini jelas jika dilihat beberapa siri perjanjian dengan kuasa-kuasa Barat yang
lain iaitu dengan Britain (1854), Russia (1855) dan Belanda pada tahun 1858.
Amerika Syarikat berjaya membuka konsulnya di Jepun yang diketuai oleh Townshed
Harris. Dengan adanya konsul ini hubungan diplomatic yang kukuh antara Jepun
dan Amerika Syarikat terjalin. Beberapa pelabuhan perjanjian dibuka malah
Amerika Syarikat juga diberi kebenaran melantik seorang konsul di Shimoda



Jika dilihat dari sudut politik yang lain pula, perjanjian Kanagawa memberi
pengaruh yang besar kepada kejatuhan pengaruh Shogun. Pengaruh Shogun semakin
lemah dan orang ramai dan golongan pembesar mendesak supaya Shogun digulingkan.
Pihak Barat pula mengambil peluang ini untuk mengagung-agungkan maharaja dalam
gerakan yang dikenali sebagai “sonno-jai”. Mereka mendesak supaya kuasa
maharaja yang selama ini hilang dikembalikan semula. Shogun akhirnya terpaksa
tunduk dan secara rasminya menyerah kuasanya kepada Maharaja Meiji.





Dari segi ekonomi, Perjanjian Kanagawa menandakan berlakunya kegiatan
perdagangan yang lebih pesat antara Jepun dengan kuasa-kuasa Barat. Di bawah
perjanjian tersebut, Jepun telah membuka dua buah pelabuhan. iaitu Shimoda dan
Hakodate kepada Amerika Syarikat bagi mendapatkan bekalan dan tujuan berdagang.
Anak-anak kapal Amerika Syarikat yang terkandas di Jepun diberi layanan yang
baik. Hubungan perdagangan antara Jepun dengan kuasa-kuasa Barat telah
ditetapkan.

Dari segi sosial, terdapat kemasukan unsur-unsur Barat seperti barangan buatan
Barat dan fahaman Barat.



Di negara China, keadaannya amat berbeza sama sekali dimana Britain telah
memaksa China menandatangani Perjanjian Nanking pada tahun 1842 selepas China
kalah dalam perang Candu I. Dengan termeterainya perjanjian ini menandakan
bermulanya Dasar Buka Pintu China. Kerajaan China di bawah Dinasti Manchu juga
terpaksa mengadakan hubungan dengan kuasa asing yang lain. Pada tahun 1844,
China menandatangani Perjanjian Wanghia dengan Amerika Syarikat dan Perjanjian
Whampoa dengan Perancis. Pada tahun 1847 pula, kerajaan Manchu mengadakan
perjanjian dengan Norway dan Sweden.

Termeterainya Perjanjian Nanking telah mendedahkan kelemahan Dinasti Manchu.
Terdapat kepercayaan umum bahawa Dinasti Manchu telah kehilangan mandat
daripada syurga untuk memerintah. Terdapat percubaan menggulingkan Dinasti
Manchu yang semakin lemah itu.

Dari segi ekonomi, China terpaksa membuka lima buah pelabuhan, iaitu Amoy,
Canton, Foochow, Ningpo, dan Shanghai kepada kuasa Barat demi perdagangan. Ini
bermakna China terpaksa menerima perdagangan bebas. China juga terpaksa
menyerahkan Hong Kong kepada Britain. Sistem monopoli perdagangan Co-hong telah
dihapuskan. Kerajaan China dikehendaki membayar ganti rugi sebanyak 21 juta
tael kepada Britain.

Dari segi sosial, China didedahkan kepada unsur-unsur Barat seperti barangan
asing, agama Kristian, dan fahaman Barat. Agama Kristian telah disebarkan
dengan meluasnya di Negara China.

Sebagai kesimpulan, kedua-dua Perjanjian Kanagawa dan Nanking berbeza. Jepun
menandatangani Penjanjian Kanagawa secara sukarela, manakala China
menandatangani Perjanjian Nanking selepas dipaksa. Selepas perjanjian, Jepun
menjadi moden dan kuat, manakala China semakin lemah dan semakin dicerobohi
oleh Barat sehingga menjadi “Semi Colony”.

PA2-PEMBANTU RUMAH

ISU - PENDERAAN
PEMBANTU RUMAH




BIL



IDEA



HURAIAN



A. PUNCA PENDERAAN PEMBANTU RUMAH



1.



Tiada akta yang
melindungi



- Undang-undang di Malaysia tidak merangkumi

pembantu rumah di dalam akta-akta perlindungan

hak pekerja.



- Di Indonesia masih belum ada
undang-undang



yang khusus
melindungi pekerja-pekerja migran.



- Pihak majikan dan agen-agen buruh bebas

mendiskriminasi pembantu rumah tanpa takut

akan diambil tindakan.



2.



Diskriminasi
daripada agensi-



agensi pekerja
asing



- Agensi-agensi pekerja asing di Indonesia dan

Malaysia menguasai kebanyakan aspek imigrasi
dan proses penempatan tanpa kawalan oleh kedua-

dua pihak kerajaan.



- Pembantu-pembantu rumah menjadi mangsa



penyeludupan dan
pekerja paksaan.



- Mereka ditipu berkenaan keadaan tempat kerja dan



jenis pekerjaan,



- Dikurung di tempat kerja dan tidak menerima gaji.



3.



Majikan yang
garang dan



bengis



- Terdapat majikan yang menganggap
pembantu



rumah sebagai
hamba.



- Menjadi garang dan bengis bila
berhadapan dengan



pembantu rumah.



- Menggunakan bahasa yang kesat dan kadang

kadang memukul apabila pembantu rumah membuat

sedikit kesalahan (mengasari mereka dengan

seterika, rotan dan lain-lain).



4.



Sikap pembantu
rumah



- Majoriti pembantu rumah kurang berpelajaran
dan

tidak terdedah kepada cara kerja, budaya dan

keperluan majikan.



- Mereka menggunakan bahasa daerah dan tidak

dapat memahami sesuatu arahan dengan tepat dan

cepat.



- Majikan kecewa dengan mutu kerja dan
kadangkala



mendera pembantu
rumah



B.




LANGKAH MENGATASI
PENDERAAN PEMBANTU RUMAH



5.



Menggubal akta
berkaitan



pekerja asing



- Memperbaiki perlindungan undang-undang
dengan



menggubal akta perlindungan pekerja asing.

-

Meminda akta
pekerjaan dan akta imigresen.

-

Mengenakan
hukuman atau denda yang setimpal



dan boleh memberi pengajaran kepada
majikan yang



mendera pembantu
rumah.



6.



Mengemukakan
maklumat



latar belakang
majikan



- Sebelum seseorang mengambil pembantu rumah,

kajian tentang latar belakang keluarga serta laporan

psikologi majikan haruslah dikemukakan kepada






 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 






agensi pekerja
asing.



- Akan memberi gambaran tentang latar belakang

majikan yang boleh menjejaskan pekerja asing ketika

bekerja di rumah.



7.



Perlindungan
insurans



- Mewajibkan majikan membeli insurans sebelum

mengambil pembantu rumah asing bekerja di rumah

mereka.



- Perlindungan insurans diberikan supaya
pampasan

dapat diberikan sekiranya sesuatu perkara buruk

berlaku kepada pembantu rumah.



8.



Menggunakan
agensi pekerja



asing yang
diiktiraf



- Pengambilan pekerja asing mestilah
melalui agensi



yang diiktiraf
oleh kedua-dua kerajaan.



- Agensi akan bertanggungjawab memantau jika

pembantu rumah melakukan sesuatu yang tidak

diingini.



- Agensi pekerja asing harus dikenakan deposit

sebagai jaminan memastikan pembantu rumah asing

yang mereka tawarkan adalah berkelayakan.



9.



Menggunakan
pembantu



rumah tempatan



- Menyediakan pusat latihan untuk
melahirkan



pembantu rumah
tempatan terlatih.



- Menjalani latihan dan dikehendaki menduduki

peperiksaan khas sebelum diberikan sijil yang akan

mempengaruhi gaji serta faedah lain.



10. Peranan
masyarakat



- Masyarakat harus memberi kerjasama untuk

melaporkan kepada pihak polis jika mengetahui ada

kejadian penderaan pembantu rumah.



- Masyarakat harus mengamalkan semangat
kejiranan

dengan mengambil tahu hal yang berlaku di tempat

tinggalnya.



C. KESAN PENDERAAN PEMBANTU RUMAH



11. Menjejaskan hubungan dua



negara



- Pembantu rumah asing yang didera akan



membuat aduan kepada negara asal mereka.

-

Negara yang
terlibat akan bertindakbalas.

-

Mengeruhkan
suasana negara yang terlibat.



12 Sukar mendapat pembantu



rumah asing



- Pembantu rumah asing tidak mahu lagi
bekerja



di negara ini.

-

Mencari negara
lain yang lebih selamat.

-

Rakyat tempatan
yang bekerja akan menghadapi



masalah –
anak-anak akan terbiar tanpa pembantu



rumah.



13 Kerajaan
memperkenalkan



dasar-dasar baru.



- Memperbaiki dasar pengambilan pembantu
rumah



asing.

-

Memperkenalkan
pembantu rumah tempatan.

-

Memperkenalkan
insentif kepada mereka yang


bekerja di sektor

pembantu rumah