Kalau awak FOLLOW, saya follow sekali !

KliK Ini Sekali taw ! SEKALI JER :)

Thursday, July 7, 2011

PA2-TENAGA NUKLEAR

TENAGA NUKLEAR



 



1. MEMAHAMI BAHAN RADIOAKTIF



Pernahkah anda mendengar bom nuklear?.
Bom nuklear adalah sejenis bom yang menghasilkan tenaga yang sangat tinggi dan
memusnahkan. Tenaga kuat ini dihasilkan oleh bahan radioaktif.


Kita akan mengkaji sedikit tentang bahan radioaktif.


Bahan
radioaktif
ialah unsur yang :-

a. nukleusnya tidak stabil

b. nukleusnya mereput secara spontan

c. memancarkan sinaran radioaktif (alfa, beta dan gamma)





Alat yang boleh mengesan sinaran radioaktif ialah Tiub Geiger-Muller,
Elektroskop daun emas dan Kebuk awan.


Bahan radioaktif yang kebanyakannya logam adalah senang mereput(decay).
Apabila mereput ia boleh menghasilkan sinaran radioaktif yang merbahaya kepada
kehidupan. Terdapat 3 jenis sianaran radioaktif yang berbeza.


Jadual berikut menunjukkan perbezaan sinaran radioaktif.




<> <>   <>   <>   <>   <> <> <>   <>   <>   <>   <> <> <>   <>   <>   <>   <> <> <>   <>   <>   <>   <> <>

 
SINARAN

 

 
ALFA

 

 
BETA

 

 
GAMMA

 

 
Kuasa penembusan

 

 
dihalang oleh sekeping kertas

 

 
dihalang oleh kepingan aluminium (3mm)

 

 
dihalang oleh kepingan plumbum (10cm)

 

 
Ciri runut dalam kebuk awan

 

 
lurus dan tebal

 

 
garis halus dan bergelombang

 

 
pendek, halus dan bertaburan

 

 
Cas

 

 
+

 

 
-

 

 
Neutral

 



 



 



2. PENGHASILAN TENAGA NUKLEAR



Penghasilan
tenaga nuklear dari bahan radioaktif dijalankan dalam reaktor nuklear. Bahan
radioaktif dibedil(tembak) dengan menggunakan alat khas yang mengeluarkan
neutron. Neutron yang terkena bahan radioaktif akan memecahkan nukleusnya untuk
menghasilkan bahan radioaktif yang baru. Dalam proses ini tenaga yang sangat
kuat terhasil. Tenaga ini dinamakan sebagai TENAGA NUKLEAR. Proses penghasilan
tenaga ini adalah proses yang terkawal supaya tidak ada letupan berlaku.Proses
ini ialah
"Tindakbalas
Berantai"
.Tenaga
nuklear yang terhasil boleh digunakan untuk memanaskan air. Stim yang terhasil
digunakan untuk menggerakkan turbin penjana elektrik. Mari lihat komponen
reaktor nuklear tempat terhasilnya tenaga ini. 3 bahagian reaktor nuklear
adalah seperti yang ditunjukkan dalam jadual berikut.




<> <>   <>   <>   <>   <> <> <>   <>   <>   <>   <> <>

 
BAHAGIAN

 

 
BAHAN API

 

 
MODERATOR

 

 
SISTEM
  PENYEJUK

 

 
KOMPONEN

 

 
Bahan radioaktif yang membekalkan
  tenaga nuklear seperti uranium

 

 
Bahan yang melambatkan tindak balas
  contohnya grafit

 

 
Sistem yang mengurangkan tenaga haba

 



3. KEGUNAAN LAIN BAHAN RADIOAKTIF



Selain
menghasilkan tenaga elektrik (Malaysia belum lagi ya..), bahan radioaktif juga
mempunyai kegunaan lain seperti yang ditunjukkan jadual berikut.




<> <>   <>   <>   <> <> <>   <>   <>   <> <> <>   <>   <>   <> <> <>   <>   <>   <> <> <>   <>   <>   <> <>

 
BIDANG

 

 
KEGUNAAN

 

 
CONTOH BAHAN

 

 
Perindustrian

 

 
Mengesan kebocoran paip bawah tanah

 

 
radioisotop iodin

 

 
Pertanian

 

 
Mengkaji kesan resapan nutrien oleh
  tumbuhan

 

 
fosforus-32

 

 
Perubatan

 

 
Membunuh sel barah

 

 
kobalt-60

 

 
Arkeologi

 

 
Menentukan umur bahan purba (teknik
  ini dinamakan "Pentarikhan Karbon")

 

 
karbon-14

 






4. KESAN NEGATIF PENGGUNAAN BAHAN RADIOAKTIF



Jika tidak
dikawal, penggunaan bahan radioaktif senang membawa kemudaratan kepada
kehidupan. Jadual berikut menerangkan beberapa kesan negatif penggunaan bahan
radioaktif.




<> <>   <>   <>   <> <> <>   <>   <>   <> <> <>   <>   <>   <> <> <>   <>   <>   <> <>

 
KESAN AKIBAT

 

 
KESAN

 

 
CARA MENGATASI

 

 
KEMALANGAN

 

 
alam sekitar tercemar, maut,kanser,
  kemandulan

 

 
Penggunaan reaktor nuklear hendaklah
  dihadkan

 

 
PENCEMARAN SISA RADIOAKTIF

 

 
alam sekitar tercemar, kanser,
  kehidupan akuatik terjejas

 

 
Pembuangan sisa r/aktif hendaklah
  dilaksanakan dengan baik seperti tempat pelupusan dasar laut atau gurun.

 

 
PEPERANGAN

 

 
Pembinaan senjata pemusnah yang besar

 

 
Menghadkan penggunaan bahan radioaktif
  dalam pembinaan senjata

 



Jika perlu penggunaan bahan radioaktif hendaklah diuruskan dengan baik.
Sebagai contoh ianya hendaklah disimpan dengan cara yang sempurna. Cara
penyimpanan bahan radioaktif ialah :-


  • Menyimpan
         dalam kotak plumbum yang tebal.
  • Bilik
         penyimpanan hendaklah ditandakan dengan simbol radioaaktif.








Pengendalian bahan radioaktif yang sempurna juga harus dilaksanakan seperti


  • memakai
         "pakaian perisai plumbum" dan lencana filem
  • menggunakan
         robot atau alat kawalan jauh serta alat pengesan Geiger-Muller.


5. BAHAN RADIOAKTIF IALAH PENEMUAN MANUSIA YANG MENAKJUBKAN



Memang tidak
dapat dinafikan bahawa penemuan bahan radioaktif adalah penemuan yang sangat
penting dan menakjubkan. Perkembangan teknologi nuklear sedang berkembang
dengan pesat diseluruh dunia. Ianya dimajukan bagi kebaikan umat manusia. Kita
hendaklah ingat bahawa penemuan ini juga mendatangkan keburukan jika ia
disalahgunakan seperti pembangunan senjata nuklear. Pembinaan senjata nuklear
menggugat keselamatan dunia secara menyeluruh. Kita hendaklah menghayati dan
menghargai anugerah Tuhan yang telah mencipta pelbagai bahan dalam alam yang
boleh digunakan untuk kesejahteraan umat manusia.








TENAGA NUKLEAR SEBAGAI
PENYUMBANG TENAGA ELEKTRIK: ISU-ISU GLOBAL





Permintaan yang tinggi terhadap
tenaga elektrik telah menyebabkan banyak negara-negara maju memberi perhatian
terhadap tenaga nuklear. Terdapat perbezaan pendapat terhadap isu penggunaan
tenaga nuklear sebagai tenaga alternatif selain daripada bahan api fosil. Bahan
api nuklear seperti uranium dapat menjanakan logi nuklear yang dapat
mengeluarkan tenaga elektrik. Uranium menerusi tindak balas berantai (chain
reaction) akan menghasilkan tenaga haba yang tinggi yang dapat menukarkan air
menjadi wap air. Wap air ini mempunyai tekanan yang tinggi hingga dapat
memusingkan turbin dan seterusnya tenaga elektrik dapat dihasilkan.


Tindak balas berantai uranium yang
digunakan dalam reaktor nuklear hendaklah dikawal untuk mengelakan letupan yang
dahsat yang menjejaskan alam sekitar. Proses pengawalan tindak balas berantai
uranium ini adalah suatu proses yang rumit dan memerlukan kecekapan peralatan
dan kepakaran manusia berada di tahap yang optimum. Selain daripada itu tindak
balas berantai uranium akan menghasilkan radiasi yang dikeluarkan oleh isotop
uranium. Kemudaratan yang terhasil di dalam industri nuklear menjadi isu hangat
di peringkat antara bangsa.

 

 





PRO TERHADAP PENGGUNAAN TENAGA
NUKLEAR


  1. Bahan api fosil adalah bahan galian dan simpanannya
         daripada dalam bumi akan berkurangan dari satu masa ke semasa. Justeru itu
         bahan api nuklear digunakan sebagai alternatif terhadap bahan api fosil
         didalam usaha menjana tenaga elektrik.
  2. Bahan api fosil dikatakan mencemarkan alam sekitar
         sedangkan tenaga nuklear yang digunakan untuk menjanakan tenaga elektrik
         tidak mencemarkan udara. Unsur utama yang dikeluarkan daripada janakuasa
         yang menggunakan bahan api fosil ialah gas karbon dioksida. Pengeluaran
         bahan api fosil ini akan menyebabkan kesan rumah hijau berlaku.
  3. Tahap keselamatan reaktor nuklear boleh dipertingkatkan
         lagi di mana kecekapan peralatan boleh mencapai 100 peratus. Para saintis
         berusaha untuk mereka bentuk reaktor nuklear yang lebih selamat.
  4. Para penyelidik sedang berusaha untuk mengatasi masalah
         pelupusan sisa nuklear dengan lebih berkesan lagi. Kajian ditumpukan untuk
         mengitar semula sisa radioaktif untuk menjadi bahan yang tidak
         mendatangkan mudarat kepada alam sekitar. Sebagai contoh: para saintis di
         Universiti Mississippi State sedang mengusahakan suluhan plasma (plasma
         torch) yang mampu menghasilkan pancaran sebanyak 15,000 darjah Fahrenheit.
         Suluhan plasma ini dikatakan boleh menjadikan sisa toksid bertukar menjadi
         bahan yang tidak merbahaya.


KONTRA TERHADAP PENGGUNAAN TENAGA
NUKLEAR


  1. Bahan api fosil adalah bahan galian dan simpanannya
         daripada dalam bumi akan berkurangan dari satu masa ke semasa. Bahan
         radioaktif adalah bahan galian juga dimana penggunaannya pasti akan
         mengurangkan stok bekalan dunia.
  2. Adakah benar bahawa loji elektrik yang menggunakan
         nuklear tidak mencemarkan alam sekeliling?




Pembakaran bahan api fosil menyumbangkan 57% faktor berlakunya kesan rumah
hijau. Gas karbon dioksida yang dihasilkan oleh pembakaran bahan api fosil
adalah tinggi manakala tiada pembebasan gas tersebut di dalam reaktor nuklear.
Tetapi gas karbon dioksida banyak dibebaskan ke atmosfera untuk menghasilkan
uranium bermutu tinggi yang digunakan di dalam reaktor nuklear. Jumlah gas
karbon dioksida yang di dibebaskan ke atmosfera untuk menghasilkan uranium
bermutu tinggi adalah lebih banyak berbanding dengan apa yang dihasilkan oleh
pembakaran bahan api fosil.


  1. Tahap keselamatan reaktor nuklear boleh dipertingkatkan
         lagi di mana kecekapan peralatan boleh mencapai 100 peratus. Walau
         bagaimana pun kecekapan pengendalian peralatan oleh manusia tidak akan
         mencapai 100%.


Isu-isu global yang dibangkitkan
oleh nuklear begitu hangat dibincangkan oleh segenap lapisan masyarakat dunia.
Berikut ini adalah perkara-perkara utama mengapa penjanaan kuasa elektrik
menjadi isu-isu global;


  1. Perlombongan Dan Fabrikasi Uranium
  2. Pengilangan Uranium
  3. Penyimpanan Uranium
  4. Pengangkutan Nuklear
  5. Reaktor Nuklear
  6. Penutupan Reaktor Nuklear
  7. Sisa Nuklear
  8. Perlumbaan Senjata Nuklear





BERITA-BERITA TENTANG TENAGA NUKLEAR..





Malaysia wajar guna tenaga nuklear 2020


Oleh KAMARULZAIDI
KAMIS dan DALIZA ARIFFIN


BANGI
11 Nov. – Kerajaan wajar menimbangkan penggunaan tenaga nuklear sebagai
alternatif menggantikan minyak bagi menjana elektrik menjelang 2020, kata Ketua
Pengarah Agensi Nuklear Malaysia (ANM), Datuk Dr. Daud Mohamad.


Beliau
berkata, jika negara terus bergantung kepada minyak bagi menjana elektrik
sedangkan harga komoditi itu terus meningkat, kerajaan pasti tidak ada pilihan
melainkan terpaksa menaikkan kadar tarif elektrik dalam jangka panjang.


‘‘Penggunaan
minyak akan menyebabkan rakyat terpaksa menanggung kenaikan kadar tarif elektrik
yang tinggi selain meningkatkan kos operasi sektor perkilangan dan pembuatan,’’
katanya dalam satu temu bual dengan Utusan Malaysia di pejabatnya di sini.


Katanya,
walaupun terdapat beberapa sumber tenaga alternatif seperti biodiesel, biogas,
tenaga solar, tenaga angin, bioalkohol, arang batu dan hidro tetapi tenaga
nuklear dilihat alternatif terbaik bagi negara kerana ia lebih murah dan mesra
alam.


Daud
berkata, pada masa ini lebih 80 peratus tenaga elektrik negara dijana
menggunakan gas dan selebihnya menggunakan arang batu, minyak dan hidro.


‘‘Pada
masa ini harga minyak mentah melepasi AS$90 setong dan trend menunjukkan harga
komoditi itu akan terus naik melepasi AS$100 setong tidak lama lagi.


‘‘Tidak
ada tanda-tanda harga minyak akan turun kembali di bawah paras AS$70 setong,’’
katanya.


Sehubungan
itu, katanya, teknologi nuklear dilihat sebagai salah satu sumber tenaga
alternatif yang boleh diteroka bagi mengelakkan negara terlalu bergantung
kepada minyak dan gas.


‘‘Adalah
tidak bijak membakar semua hasil minyak dan gas yang kita miliki untuk tujuan
menjana tenaga elektrik, sedangkan komoditi itu boleh digunakan bagi
menghasilkan produk nilai tambah yang boleh memberi keuntungan yang lebih besar
kepada negara.


‘‘Malah
penggunaan sumber minyak secara intensif akan menyebabkan sumber itu cepat
habis dan tidak dapat diwarisi oleh generasi akan datang,’’ katanya.


Daud
berkata, penggunaan tenaga nuklear juga lebih menjimatkan dalam jangka masa
panjang, selain bahan buangannya boleh diproses semula untuk dijadikan bahan
bakar hidrogen bagi kegunaan kenderaan.


Beliau
berkata, tempoh pembinaan janakuasa nuklear juga mengambil masa yang singkat
iaitu selama lima tahun.


Menurutnya,
reka bentuk loji nuklear sekarang boleh bertahan sehingga 70 tahun berbanding
hanya 40 tahun menggunakan teknologi lama.


Kata
beliau, modal permulaan bagi membangunkan loji tenaga nuklear adalah sama
dengan loji yang menggunakan minyak yang mengeluarkan kapasiti sama, namun
dalam jangka panjang, penyenggaraan loji nuklear lebih murah dan dapat
menjimatkan kos operasi sebanyak 25 peratus.


Beliau
berkata, buat permulaan Malaysia perlu membina loji tenaga nuklear dengan
kapasiti kira-kira 700 hingga 800 megawat elektrik iaitu kira-kira lima peratus
daripada jumlah penggunaan tenaga elektrik dalam negara.


Katanya,
bagi membina loji tenaga nuklear dengan kapasiti 700 dan 800 megawat elektrik,
kerajaan terpaksa membelanjakan kira-kira RM1 bilion mengikut kos pada masa
ini.


Menurut
Daud, jika rakyat Malaysia dapat diberi maklumat yang jelas mengenai kebaikan
tenaga nuklear dan sentimen negatif rakyat Malaysia terhadap penggunaan nuklear
dapat dikikis, kerajaan tidak ada masalah untuk melaksanakan penggunaan tenaga
itu menjelang 2020.


Katanya,
Malaysia wajar melangkah ke arah penggunaan tenaga nuklear kerana Indonesia,
Vietnam dan Thailand telah melaksanakan polisi untuk menggunakannya menjelang
2016, 2018 dan 2021.
































<> <>   <>   <>   <> <>

 
15
  Ogos (Utusan Malaysia):Kejayaan nuklear Jepun jadi ikutan

 





<> <>   <> <> <>   <> <>

 
PENGGUGURAN bom
  nuklear ke atas Jepun pada 6 dan 9 Ogos 1945 sememangnya merupakan tragedi
  yang telah meranapkan tamadun dan kegemilangan Jepun ketika era Perang Dunia
  Kedua. Kemusnahan dan kemampuan senjata nuklear ini hakikatnya pada satu
  ketika telah menimbulkan kebimbangan global terhadap bahaya nuklear yang
  mampu menghapuskan nyawa dan ketamadunan manusia. Malah apabila memperkatakan
  mengenai nuklear, rata-ratanya masyarakat antarabangsa sering menyuarakan
  kebimbangan dan mengaitkan dengan bahaya nuklear kepada dunia.

 
 

 
Dalam masa yang sama
  bencana kebocoran nuklear Chernobyl, Ukraine pada 26 April 1986 sering
  menjadi ukuran terhadap nuklear dan sebagai ancaman kepada keselamatan
  negara. Hakikatnya, nuklear adalah sumber tenaga yang memberi impak yang
  positif kepada ekonomi, politik dan kemajuan sesebuah negara. Sedarkah kita
  Jepun yang pernah menjadi mangsa kepada nuklear yang mana lebih 200,000 nyawa
  terkorban dalam satu masa kini merupakan negara ketiga terbesar membangunkan
  nuklear di dunia? Adakah mereka tidak serik dengan bahaya nuklear? Walaupun
  Jepun pernah menghadapi dan menanggung bencana akibat daripada nuklear, namun
  ia tidak mempengaruhi perspektif dan dasar Jepun untuk menolak pembangunan
  nuklear sebagai sumber yang dapat menjamin kelangsungan hidup mereka.
  Sememangnya Jepun telah menyedari bahawa nuklear sebenarnya bukanlah satu
  sumber yang hanya bertujuan bagi membangunkan senjata semata-mata, sebaliknya
  ia dapat membawa kepada kebaikan kepada ketamadunan manusia jika ia
  dibangunkan bagi tujuan sumber tenaga. Ternyata keputusan Jepun untuk
  membangunkan nuklear sebagai sumber tenaga bagi negara telah membawa kepada
  kejayaan seperti mana negara Jepun yang kita lihat pada hari ini. Jepun yang
  pernah menjadi mangsa kepada nuklear kini, berjaya membangunkan sumber
  nuklear untuk kebaikan kepada Jepun dan telah berjaya meletakkan Jepun
  sebagai negara maju sebaris dengan kuasa- kuasa besar yang lain.

 
Kini terdapat 55
  buah loji nuklear di Jepun yang bertanggungjawab menyalurkan tenaga 49,467
  megawatts (MW) kepada keperluan domestiknya. Kejayaan dan pandangan positif
  terhadap nuklear yang diaplikasikan oleh Jepun, telah menjadi contoh kepada
  negara lain khususnya di Asia Pasifik. Sehingga kini, sumber tenaga nuklear
  bukan lagi perkara yang asing bagi negara di rantau Asia Timur. Ini kerana
  kejayaan Jepun dan China telah mempengaruhi negara-negara di rantau berkenaan
  memiliki sumber nuklear seperti Korea Utara (enam loji), Korea Selatan (18
  loji), Taiwan (lapan loji) dan China (40 loji).

 
 

 
Kesedaran dan
  peralihan negara rantau Asia Timur kepada pembangunan nuklear turut
  mempengaruhi negara-negara di Asia Tenggara untuk membangunkan nuklear. Pada
  13 Mei 2006 dalam Sidang Kemuncak Kelima Kumpulan Lapan Negara Membangun
  (D-8) yang diadakan di Bali, Indonesia telah mengumumkan cadangan untuk
  membangunkan program nuklear. Kesedaran Indonesia untuk membangunkan nuklear
  ini adalah dipengaruhi oleh masalah penyediaan sumber tenaga kepada keperluan
  domestiknya yang mempunyai populasi melebihi 200 juta orang di samping dapat
  mengurangkan kos dan mengelakkan pergantungan kepada sumber gas dan minyak.

 
 

 
Kesungguhan
  Indonesia ini dapat dilihat apabila pada 8 Disember 2006, negara itu telah
  memohon kebenaran daripada IAEA bagi membangunkan sumber tenaga nuklear
  dengan mensasarkan pembinaan loji tenaga nuklear pertamanya di Semenanjung
  Muria Jawa Tengah, Indonesia. Keputusan Indonesia yang mengumumkan
  pembangunan nuklear bagi tujuan tenaga adalah masih tertakluk dan tidak
  melanggari perjanjian SEANWFZ. Malah, Ketua Pengarah IAEA, Mohamed ElBaradei
  telah menjelaskan pada 8 Disember 2006 bahawa Indonesia telah pun memenuhi
  syarat-syarat di bawah Perjanjian Pengawalan Senjata Nuklear (NPT).
  Kepentingan nuklear ini turut di sedari oleh Malaysia khususnya bagi
  mengatasi masalah penyediaan sumber tenaga dan menghadapi fenomena kenaikan
  harga minyak. Kesedaran Malaysia ini dapat dilihat apabila kerajaan
  menyatakan cadangan membangunkan reaktor tenaga nuklear berkuasa 20 MW dalam
  Forum Kerjasama Nuklear di Asia (FNCA pada 27 November 2006 dan Mesyuarat
  Tidak Rasmi Menteri-Menteri Sains dan Teknologi ASEAN (IAMMST) ke-4 pada 28
  Ogos 2006. Selain Malaysia, program pembangunan sumber tenaga nuklear ini
  turut merebak ke negara serantau yang lain seperti Myanmar yang mula
  membangunkan sumber tenaga nuklear semenjak tahun 2001 dan Vietnam pada Ogos
  2006. Tenaga nuklear hakikatnya tidak lagi dipandang serong oleh masyarakat
  antarabangsa, sebaliknya ia telah membuka ruang kepada masyarakat dunia untuk
  membangunkan nuklear bagi tujuan positif.

 

 
Last Updated (
  Sunday, 07 September 2008 )

 





















































Tenaga Nuklear di Malaysia...Biar Betul???





Kerajaan bersedia menggunakan tenaga nuklear menggantikan minyak
sebagai alternatif


jangka panjang untuk menjana kuasa elektrik jika harga bahan api
itu terus melambung di


pasaran dunia. Kerajaan akan mencari alternatif lain seperti
tenaga solar, hidro, hidro mini,


biomas dan bahan bakar yang diperbaharui daripada sampah sarap
bagi menggantikan


minyak.





Kerajaan Malaysia sedang membincangkan kemungkinan membina
reaktor nuklear bagi


tujuan penjanaan elektrik. Adakah ini perkara baik atau buruk
bagi kita?





Untuk pengetahuan semua, teknologi nuklear ini bukanlah satu
perkara yang asing bagi


negara kita. Kerana Malaysia sudah pun mempunyai reaktor sendiri
yang dikenali sebagai


Reaktor Triga Puspati (RTP). RTP mula beroperasi pada tahun 1982
dibina bagi tujuan


penyelidikan dan pembangunan yang memfokuskan kepada perubatan,
pertanian serta kajian


neutron.














Janakuasa nuklear menggunakan uranium dalam bentuk isotop,
dengan melakukan beberapa


siri tindakbalas bagi menghasilkan haba yang banyak. Haba
tersebut akan digunakan untuk


memutarkan turbin bagi menghasilkan elektrik. Uranium merupakan
salah satu unsur yang


paling mudah dijumpai di tanah, pokok dan air. Antara negara
yang menjadi pengeluar


terbesar uranium ialah Kazakhstan, Australia dan Canada.








Stesen Janakuasa Nuklear Ikata, Jepun.





Dalam analisis reaktor nuklear, stesen nuklear Ikata mempunyai
tiga reaktor dan apabila


ketiga-tiga kipas turbin reaktor ini bekerja serentak, ia mampu
menghasilkan 2, 022 MW di


satu lokasi sahaja. Dapat dirumuskan bahawa jika digabungkan
empangan Kenyir dan


Temenggor masih tidak dapat menandingi stesen nuklear Ikata.





Jika Malaysia tetap mahu membina stesen janakuasa nuklear, harus
diingat pembinaan


janakuasa nuklear memerlukan kawasan pembinaan yang amat besar.









No comments: