Kalau awak FOLLOW, saya follow sekali !

KliK Ini Sekali taw ! SEKALI JER :)

Thursday, July 7, 2011

BM1-HIPOTESIS ASAL USUL BAHASA MELAYU

HIPOTESIS TEMPAT ASAL BAHASA MELAYU

1.                 Untuk
mengetahui tempat asal bahasa, kajian tempat asal usul bangsa Melayu yang
menuturkan bahasa ter sebut perlu dilakukan.

2.                 Terdapat dua hipotesis tentang asal usul bangsa Melayu, iaitu : 

(a)    kawasan Asia Tengah
(b)   kawasan Nusantara


KAWASAN ASIA TENGAH

  1. Menurut
         hipotesis ini, orang Melayu dikatakan berpindah dari utara ke selatan.
         Mereke dikatakan berasal dari selatan China. Tempat-tempat yang
         diketengahkan oleh para penyelidik
        
    termasuklah daerah Yunan di selatan China, Assam di Burma, dan
         Campa di selatan Indo-China

  1. Penghijrahan
         mereka dipercayai berlaku dalam dua kumpulan, iaitu Melayu Proto dan
         Melayu Deutro. Kumpulan Melayu Proto dipercayai berhijrah ke Nusantara
         kira-kira pada tahun 2500 SM.
  1. Peradaban
         orang Melayu Proto ini dikatakan lebih maju daripada orang Negrito yang
         sudah sedia ada di Nusantara. Orang Melayu Proto dikatakan hidup
         berpindah-randah. Namun demikian, mereka pandai membuat alat bercucuk
         tanam, barangan pecah-belah, dan alat perhiasan. Zaman mereka ini dikenali
         sebagai Zaman Neolitik atau Zaman Batu Baru.

  1. Hipotesis
         penghijrahan kumpulan Melayu Proto ini mula-mula dikemukakan oleh P.
         Sarasin dan F.Sarasin pada tahun 1892. Hipotesis ini dikemudiannya
         diperkukuh oleh R.H. Golden (seorang ahli prasejarah dan profesor di
         Institut Pengajian Asia, Iran) pada tahun 1932.

  1. Melalui
         kajian yang dibuatnya terhadap beliung-beliung batu bersegi panjang.
         Geldern menapati bahawa kapak-kapak yang dibuat daripada batu yang
         terdapat di sekitar hulu Sungai Brahmaputra, Sunagi Irrawadi, Sungai
         Salween, Sungai Yangtze, dan Sungai Hwang Ho itu turut ditemukan di
         beberapa tempat lain di kawasan Nusantara.

  1. Penghijrahan
         Kumpulan Melayu Deutro pula dikatakan berlaku kira-kira pada tahun 1500SM.
         Kumpulan ini dipercayai datang dari daerah Yunan di selatan China. Mereka
         memiliki tamadun yang lebih maju daripada Kumpulan Melayu Proto.
  1. Zaman
         mereka dikenal sebagai Zaman Logam dan mereka membuat alat pemburuan dan
         pertanian daripada besi. Selain itu, Melayu Deutro pandai dalam bidang
         pelayaran dan astronomi. Mereka hidup di tepi pantai dan kemudiannya
         bersebaran hampir keseluruh Kepulauan Melayu.
  1. Kedatangan
         Melayu Deutro menyebabkan Melayu Proto berpindah ke kawasan pedalaman,
         iaitu di kawasan hutan dan pergunungan. Hal ini sesuai dengan mereka yang
         suka berpindah-randah. Kumpulan Melayu Proto inilah yang menjadi nenek
         moyang kepada suku orang Asli seperti Semang, Jakun, Senoi, dan
         sebagainya.
  1. Kumpulan Melayu
         Deutro hidup di kawasan di persisiran pantai dan sebagai nelayan.
         Sebahagian mereka membina petempatan yang berhampiran dengan sungai dan
         lembah yang subur. Mereka menjalankan kerja pertanian dan memburu
         binatang.
10.  Orang Melayu Deutro pandai bermasyarakat.
Mereka berlayar ke pulau-pulau di seluruh Kepulauan Melayu dan akhirnya
berkembang menjadi bangsa Melayu dan bangsa Indonesia yang ada sekarang.

11.  Selain Geldern, terdapat beberapa orang
ahli budaya yang turut berpendapat bahawa orang Melayu berasal dari kawasan
Asia Tengah. Antara mereka termasuklah J.R. Logan yang membuat kajian
berdasarkan adat resam suku bangsa Asia. Beliau mendapati bahwasa wujud
persamaan antara adat resam kaum Melayu dengan adat resam kaum Naga di Assam di
daerah Burma (Myanmar). Persamaaan yang wujud ini menunjukkan bahawa bahasa
melayu mempunyai hubungan dengan bahasa di Asia Tengah.

12.  Ahli-ahli budaya lain, seperti G.K Nieman
dan R.M. Clark juga membuat kajian tentang adat resam dan menghasilkan
kesimpulan bahawa daratan Asia merupakan tanah asal nenek moyang bangsa Melayu.

13.  Hipotesis pertama ini turut disokong oleh
dua orang sarjana Melayu, iaitu Asmah Haji Omar dari Malaysia dan Slametmuljana
dari Indonesia.


14.  Asmah Haji Omar berpendapat bahawa
penghijrahan orang Melayu dari daratan Asia ke Nusantara tidak berlaku sekali
gus dan mereka tidak melalui laluan yang sama. Menurut beliau ada yang melalui
daratan melintasi Tanah Semenanjung Malaysia, ada melalui Lautan Hindi dan ada
yang pula melintasi Lautan China Selatan.


15.  Slametmurjana pula membuat penyelidikannya
berdasarkan perbandingan bahasa dan berpendapat bahawa bahasa Astronesia yang
di dalamnya termasuk bahasa Melayu adalah dari daratan Asia.

16.  Walau bagaimanapun, hipotesis pertama ini
menimbulkan pelbagai keraguan. Salah satunya berkaitan dengan tarikh berlakunya
penghijrahan. Tarikh penghijrahan Melayu Proto dengan Melayu Deutro adalah
bertentangan dengan kajian arkeologi yang menunjukkan manusia moden (Homo sapiens) telah wujud di Kepulauan
Melayu sejak 35 000 tahun yang lalu.

17.  Malah, kalau diteliti dari warna kulit,
bangsa Melayu yang berkulit coklat tinggal di Thailand Selatan, Malaysia, Brunei,
Indonesia, Filipina Selatan Singapura, memang berbeza daripada bangsa di Asia
Tengah, baik bangsa Cina di sebelah timur mahupun bangsa India di sebelah barat
yang berkulit cerah. Mereka bukan sahaja berbeza dari warna kulit, bentuk dan
anggota badan tetapi juga daripada segi bahasa dan kebudayaan.

18.  Selain itu, bukti beliung batu yang
dikemukakan oleh Geldern juga meragukan. Artifak ini bukan sahaja ditemui di
Timur Tengah dan Nusantara, tetapi juga di Amerika dan Eopah. Artifak ini
sebenarnya ada pada mana-mana masyarakat primitif di seluruh dunia. Apatah lagi
secara kebetulan Geldern membuat kajiannya bermula dari Asia Tengah ke
Nusantara. Sekiranya beliau memulakan kajian dari Nusantara ke Asia Tengah,
mungkin beliau akan menghasilkan kesimpulan bahawa bangsa Asia Tengah itu
berasal dari Nusantara.

19.  Seterusnya kajian bahasa juga tidak
menyokong hipotesis bahawa bahasa Melayu berasal daripada bahasa di Asia
Tengah. Kajian bahasa menunjukkan bahawa bahasa Melayu berasal daripada rumpun
Astronesia, bukan daripada rumpun China-Tibet yang melahirkan bahasa China, Tibet,
Siam, Miao, Yiu, dan Burma.


KAWASAN NUSANTARA

1.      Hipotesis ini menolak pendapat bahawa
bangsa Melayu berasal dari kawasan Asia Tengah. Para pengkaji yang mendokong
hipotesis ini mengemukakan beberapa tempat asal bahasa Astronesia, iaitu rumpun
yang menurunkan bahasa melayu. Antaranya, termasuklah Sumatera, Jawa,
Melanesia, New Guinea, dan Filipina. Para pengkaji mengemukakan beberapa bukti
yang menjelaskan dakwaan mereka.


2.      Bukti pertama dapat dilihat daripada segi
kajian bahasa di kawasan selatan Asia. Hasil daripada penyelidikan perbandingan
bahasa yang dilakukan oleh beberapa orang pengkaji bahasa menunjukkan bahawa
bahasa-bahasa di Nusantara memang mempunyai hubungan kekerabatan, iaitu induk
kepada bahasa-bahasa tersebut ialah bahasa Astronesia.


3.      Kajian C.A.Mess mendapati bahawa bahasa-bahasa
daripada rumpun Astronesia mempunyai persamaan yang banyak daripada segi
perkataan, sistem imbuhan dan susunan tatabahasa. Sebagai contohmya, kata-kata
seperti mata, telinga, dan lima sering
timbul dalam bahasa-bahasa tersebut.


4.      Penutur bahasa daripada rumpun bahasa
Astroneia ini dipercayai berpusat di pesisir pantai yang strategik di Kepulauan
Melayu. Dari situlah mereka membawa mereka membawa bahasa tersebut ke barat
hingga ke Madagaskar di Lautan Hindi dan ke timur hingga ke Pulau Easter di
Lautan Pasifik.


5.      Kajian Williams Marsden menunjukkan bahawa
bahasa Melayu serumpun dengan bahasa Mekanesia, Melanesia, dan Polinesia yang
kesemuanya daripada induk bahasa Austronesia. Kekerabatan bahasa seperti ini
tidak ditemukan dalam bahasa-bahasa di Asia Tengah. Oleh hal yang demikian,
asal nenek moyang bagi bahasa Melayu bukan dari Asia Tengah.

6.      Berdasarkan kekerabatan bahasa, Isidore
Dyen berpendapat bahawa orang Melayu mungkin berasal dari Formosa, New Guinea,
atau Melanesia. Gorys Keraf dalam buku Linguistik
Bandingan Historis
pula menyatakan bahawa nenek moyang bahasa Melayu sudah
sedia ada di Kepulauan Melayu dan mereka menggunakan bahasa keluarga Nusantara.
Menurut beliau, negeri asal nenek moyang bangsa Austronesia iailah Indonesia
dan Filipina.

7.      Seterusnya, kajian kebudayaan juga dapat
membuktikan bahawa asal usul bahasa Melayu adalah dari kawasan Nusantara.
Sehubungan dengan itu, seorang sarjana Inggeris bernama John Crawfurd membuat
kajian perbandingan bahasa yang terdapat di Sumatera, Jawa, Kalimantan, dan
kawasan Polinesia. Hasil daripada kajian beliau, menunjukkan bahawa bangsa
Melayu dan bangsa Jawa telah memiliki tahap kebudayaan yang tinggi pada abad
kesembilan belas.

8.      Menurut Crawfurd, untuk mencapai tahap
kebudayaan yang menonjol itu, kedua-dua budaya itu tentu telah mengalami
perkembangan beberapa abad sebelum itu. Berasaskan anggapan ini, beliau membuat
kesimpulan tempat asal asal orang Melayu di Sumatera dan Jawa. Dengan kata
lain, bahasa Melayu di Sumatera dalam bahasa Jawa (di pulau Jawa) merupakan
bahasa induk kepada bahasa-bahasa serumpun yang tersebar di Kepulauan Melayu.

9.      Hipotesis kedua ini juga disokong oleh
kajian arkeologi kerana penemuan fosil-fosil di Nusantara menunjukan bahawa manusia
telah lama mendiami Kepulauan Melayu. Sebagai buktinya, fosil manusia yang
ditemukan menunjukan bahawa manusia Jawa telah wujud di Pulau Jawa sejak dua
juta tahun yang lalu.

10.  Selanjutnya, kajian terhadap tengkorak
manusia menunjukan usia tengkorak manusia yang ditemukan di Nusantara lebih tua
daripada tengkorak yang ditemukan di Asia Tengah. Hal ini terbukti, Mojokerta
dan Pithecanthropus Trinil yang masing-masing berusia kira-kira 670 000 tahun
dan 600 000 tahun berbanding dengan Sinanthropus Pekinensis (Manusia Peking)
yang ditemukan di China hanya berusia kira-kira 550 000 tahun. Daripada bukti
kajian purba, dapat disimpulkan bahawa nenek moyang bangsa Austronesia dan
Melayu bukan berasal dari Asia Tengah kerana manusia awal telah lama ada di
Nusantara.

11.  Bukti lain yang menunjukkan bahawa orang
Melayu merupakan penduduk asal di Nusantara juga dapat diselidiki dari sudut
Geografi. Dari zaman Pilosen hingga Zaman Pleistosen, Nusantara dan Australia
dikatakan terdiri daripada dua buah daratan luas yang telah telah dihuni
manusia. Daratan Nusantara dikenali sebagai Pentas Sunda manakala Daratan
Australia dinamai Pentas Sahul.

12.  Kedua-dua daratan yang besar ini kemudian
berpecah kepada pulau-pulau yang besar dan kecil sebagai akibat pencairan glasier.
Pencairan glasier menyebabkan Pentas Sunda dan Pentas Sahul ditenggelami air
dan beberapa daratan yang tinggi menjadi pulau, sama ada pulau yang besar atau
kecil. Pulau Sumatera, Pulau Jawa, Pulau Kalimantan, dan pulau-pulau lain di
Indonesia manakalan Pentas Sahul berpecah kepada benua Australia dan New
Guinea.

13.  Pemisahan antara satu daratan lain ini
menyebabkan manusia yang tinggal di situ berpindah dari satu daratan ke satu
daratan yang lain. Daripada huraian ini, dapat disimpulkan bahawa perpindahan
manusia yang berlaku bukan dari Asia Tengah ke Nusantara tetapi penduduk asal
di Nusantara berpindah disebabkan proses geografi. Justeru, orang Melayu pada
asalnya memang penduduk di Nusantara, bukan berhijrah dari Asia Tengah.

No comments: