Kalau awak FOLLOW, saya follow sekali !

KliK Ini Sekali taw ! SEKALI JER :)

Thursday, December 27, 2012

SISTEM BUMI

Menurut Chorley dan Kennedy 1971, sistem merupakan satu set himpunan objek-objek atau sigat-sifat yang berstruktur. Obejek tersebut kadangkala disebut sebagai angkubah. Objek atau angkubah ini berkait antara satu sama lain supaya dapat bertindak atau beroperasi bersama-sama sbg satu organisasi yang kompleks, Jadi sistem merupakan himpunan angkubah-angkubah yang menunjukkan pertalian antara satu sama lain dan mereka bertindak sebagai satu unit yang kompleks mengikut sesuatu pola.

Ciri-ciri Sistem .

1) Semua jenis sistem mpunyai suatu bentuk struktur atau organisasi.
2) Semua jenis sistem mempunyai serba sedikit generalisasi atau sifat umu, abstrak atau keunggulan tentang keadaan sebenar yangterdapat di dunia ini.
3) Semua jenis sistem ini berfungsi.
4) Terdapat satu macam pertalian dari segi fungsi dan strutur di antara stp unit y membentuk sistem tersebut.
5) Fungsi disini menyiratkan bahawa terdpt suatu aliran atau perpindahan bahan.
6) Fungsi ini wjd dgn adanya sumber tnga yang menjadi daya penggerak.
7) Semua jenis sistem mmpamerkan sifat-sifat paduan atau integrasi antara unit-unit yg mmbentuk sistem tersebut.

Dalam sistem yang membatasi sempadan, terdapat 3 ciri utama bagi sesuatu sistem iaitu ;-
a) Unsur, b) Sifat atau Keadaan, dan c)Pertalian. 

UNSUR ;-
- sejenis zat yg terkandung dan membentuk sistem tersebut. 
-seperti atom, atau molekul atau jisim yang lebih besar sperti butiran pasir, butiran hujan, tumbuh-tumbuhan. Setiap unit tersebut wjd dlm ruangan dan masa.

Sifat atau Keadaan ;-
-boleh dirasai oleh deria dan dapat diukur melalui uji kaji dan di bandingkan dgn satu set piawaian.
-antara sifat-sifat yg boleh diukur sperti suhu, isipadu, tekanan, warna, dan usia.

Pertalian
-wujud ant atau lebih unsur atau lebih keadaan (sifat)
- ianya akan menentukan keadaan agregat unsur atau organisasi sesuatu sistem.

JENIS-JENIS SISTEM

a) Sistem terpencil
- tiada interaksi dgn alam sekitar melepasi sempadan sistem
- tidak dapat menukar tenaga atau jisim dgn alam sekeliling atau dgn sistem yg lain.
- tiada input dn output tenaga dan jisim dgn sistem yg lain.
- contoh : uji kaji dalam makmal

b) Sistem Tertutup
- mempunyai sempadan tertentu. Sempadan sistem ini hnya membenarkan pertukaran tenaga iaitu tenaga dapat masuk dan keluar daripadanya manakala input -output bahan tidak berlaku.
- contoh BumI dan Matahari --> Bumi hnya menerima tenaga sahaja dari matahari dan bukannya bahan.

c) Sistem Terbuka
- Membenarkan kedua-dua bahan dan tenagamasuk dan keluar menerusi sempadannya
- sistem ini akan bergerak dan beroperasi hingga sampai ke tahap stabil.
- Apabila sampai pada sistem ini, maka input bahan dan tenaga tersebut sam banyaknya dgn output bahan dan tenaga tersebut. Boleh diperolehi pada alam nyata
- Contohnya, pertalian antaramatahari dan atmosfera dgn bumi. Sistem bumi dianggap satu sistem terbuka kerana terdpt aliran tenaga input drpd matahari (gelombang pendek) dan output tenaga (gelombang panjang) serta pertukaran jisim dgn atmosfera ( sejatan, perpeluhan, dan hujan).