Taufan atau siklon tropika merupakan ribut akibat haba
yang dilepaskan apabila udara panas naik dan wap udara di dalamnya memeluwap.
Dinamakan siklon tropika kerana ia serupa siklon dan
terjadi di tropika,
putarannya melawan jam di hemisfera utara dan mengikut arah jam di hemisfera
selatan.
Kesan taufan
- Taufan yang berlaku di tengah lautan
menyebabkan hujan
lebat, angin
kencang serta ombak
besar, menjejaskan aktiviti perkapalan antarabangsa serta boleh
menenggelamkan kapal.
- Di daratan pula, angin kencang boleh
merosakkan atau memusnahkan bangunan dan harta benda, menjadikan
puing-puing kepada objek terbang yang boleh membunuh. Selain itu, taufan
juga mengakibatkan banjir besar.
- Sejak dua kurun yang lalu, taufan
bertanggungjawab menyebabkan kematian lebih kurang 1.9 juta mangsa di
seluruh dunia.
TAUFAN
ADALAH RIBUT TROPIKA
Kelajuan angin kencang akibat taufan mampu menerbangkan apa sahaja
objek
TAUFAN atau siklon tropika adalah ribut akibat haba yang
dilepaskan apabila udara panas naik dan wap udara di dalamnya meluwap.
Dinamakan siklon tropika kerana ia serupa siklon dan terjadi di
tropika manakala putarannya melawan jam di hemisfera utara.
Kawasan-kawasan
yang berlainan mempunyai nama tersendiri untuk fenomena taufan. Sebagai contoh,
ribut tropika dikenali sebagai hurikan di Atlantik Utara.
Manakala
siklon tropika atau taufan dinamakan di Asia Tenggara, Chubaso di Filipina dan
Willy Willies di Australia.
Walaupun
takat suhu lautan dan kekuatan taufan tiada kadar secara langsung, namun impak
yang nyata disebabkan oleh kesan rumah hijau.
Menurut
Pengarah Jabatan Meteorologi, Saw Bun Ling, taufan sering berlaku di kawasan
tertentu yang terdedah pada suhu lautan Pasifik melebihi 26 darjah Celsius.
"Taufan
yang berlaku di tengah lautan menyebabkan hujan lebat, angin kencang serta
ombak besar, menjejaskan aktiviti perkapalan antarabangsa serta boleh
menenggelamkan kapal.
"Di
darat pula, angin kencang boleh merosakkan atau memusnahkan bangunan dan harta
benda sehingga menyebabkan objek terbang sekali gus membahayakan penduduk.
"Selain
itu, taufan juga mengakibatkan banjir besar," katanya ketika dihubungi
Kosmo!.
Tambah
Bun Ling, terdapat beberapa peringkat perkembangan dalam pembentukan taufan.
Peringkat pertama gangguan tropika itu adalah sistem ribut petir yang tertumpu
di kawasan bertekanan rendah dengan kelajuan angin kencang kurang daripada 60
km/j.
Manakala
ribut tropika adalah sistem ribut petir kuat dengan kitaran permukaan tertentu
serta kelajuan angin maksimum antara 60-120 km/j.
Sungguhpun
siklon sudah mula terbentuk, tetapi mata taufan biasanya masih belum terbentuk.
Seterusnya
taufan pula adalah ribut tropika dengan angin kencang melebihi 120 km/j. Ketika
ini, mata taufan mula terbentuk sekali gus memudahkan taufan dikesan melalui
imej satelit.
"Ribut
tropika pula dikategorikan sebagai ribut taufan apabila kelajuan angin maksimum
meningkat melebihi 120 km/j berikutan pengurangan dalam tekanan
permukaan," jelasnya.
Selain
itu, saintis mendapati dua pertiga daripada peningkatan suhu lautan, yang boleh
menyebabkan taufan, disebabkan oleh tindakan manusia.
Catatan
tahun lalu menunjukkan telah berlaku peningkatan yang serius dalam kejadian
ribut kategori empat dan lima
di seluruh dunia.
Kategori
yang membawa kemusnahan teruk itu adalah yang terkuat dan paling kerap berlaku
sepanjang sedekad lalu.
Laporan
penyelidikan oleh Kerry Emanuel dari Institut Teknologi Massachusetts, Amerika
Syarikat (AS) menunjukkan bahawa tempoh masa, kelajuan angin maksimum dan
pelepasan tenaga yang disebabkan oleh ribut tropika telah meningkat di Atlantik
Utara dan lautan Pasifik Utara sejak pertengahan tahun 1970-an.
Peter
Webster dari Institut Teknologi Georgia, AS, mencatatkan kejadian ribut
kategori empat dan lima berlaku sebanyak 171 kali sepanjang tempoh 15 tahun
dari 1975 hingga 1989, tetapi kejadian bencana itu meningkat kepada 269 kes
dalam tempoh 15 tahun berikutnya.
Menurut
Webster, peningkatan intensiti tersebut berkait rapat dengan kenaikan suhu
laut, yang diakibatkan oleh pemanasan global.
Pada
Jun lalu, saintis Kevin Trenberth dari Pusat Penyelidikan Atmosfera Kebangsaan
AS telah mengenal pasti kemunculan musim ribut yang ketara di kawasan Atlantik
Utara.
Menurutnya,
lebih 50 peratus daripada punca peningkatan itu disebabkan aktiviti manusia.
AS
terus berwaspada dengan ancaman ribut selepas taufan Katrina membawa kemusnahan
teruk di sekitar New Orleans
pada Ogos 2005.
Ribut Taufan
Pengenalan
Ribut tropika merupakan nama umum yang merujuk hepada ribut kuat yang berputar
dengan diameter beberapa ratus kilometer. Ribut ini terbentuk dan bermula di
kawasan perairan tropila atau sub- tropika.
Kawasan- kawasan yang berlainan mempunyai nama yang tersendiri untuk fenomena
rebut tropika. Sebagai contoh, rebut tropika dikenali sebagai hurricane di
Atlantik Utara, typhoo di Pasifik, siklon tropika atau taufan di Asia Tenggara,
Chubaso di Filipina, dan Willy Willies di Australia. Imej satelit tropika
menyerupai sebuah sistem gegelung yang ketat dengan kelompok awan yang
berlingkar ke arah gegelung tersebut.
Terdapat beberapa peringkat perkembangan dalam pembentukan siklon tropika.
Peringkat pertama dengan lekukan tropika apabila beberapa rebut petir yang
berasingan berkumpul di bawah keadaan atmosfera dan perairan yang sesuai untuk
tempoh masa yang tertentu.
Kelajuan angina maksima lekukan tropika adalah 63 kilometer per jam (km/j).
Imej satelit lekukan tropika tidak menunjukkan sebarang organisasi yang jelas
berbanding peringkat- peringkat yang seterusnya. Lekukan tropika yang lebih
intensif dengan kelajuan angin maksimum antara 64 hingga 117km/j dikatakan
telah memasuki peringkat kedua, iaitu ribut tropika.
Perkembangan ini mengambil tempoh masa antara setengah hari hingga dua hari dan
ribut tropika tersebut diberi nama pada peringkat ini. Imej satelit ribut
tropika akan memaparkan putaran yang lebih teratur dan bentuk lingkaran yang
kelihatan lebih jelas.
Ribut tropika seterusnya dikategorikan sebagai ribut taufan apabila kelajuan
angin maksimum menigkat melebihi 118 km/j berikutan pengurangan dalam tekanan
permukaan. Rotasi arah jam yang ketara terbentuik di sekeliling bahagian
terasnya dan sebuah bintik gelap kelihatan di tengah- tengah ribut taufan. Ini
merupakan mata ribut taufan dan merupakan kawasan yang paling tenang dalam
sistem tersebut. Kawasan dinding mata di sekeliling mata mengalami angin yang
amat kencang serta hujan lebat.
Ribut taufan boleh dikelaskan mengikut kelajuan angin pada skala Saffir-
Simpson yang dibentuk pada 1969. Skala ini terbahagi kepada kategori satu
hingga lima, di mana lima melambangkan ribut yang paling dahsyat. Ribut taufan
boleh berlanjutan selama dua minggu di bawah keadaan atmosfera yang sesuai.
Namun, ribut taufan akan hilang kelajuannya apabila sampai ke perairan atau
daratan yang lebih tinggi suhunya.
Walaupun ini menggambarkan keseluruhan proses penjanaan ribut taufan, perlu
diingat bahawa setiap lekukan tropika tidak semestinya berkembang menjadi ribut
taufan.
Kesan- kesan Siklon
Tropika
Siklon tropika boleh membawa banyak
kesan buruk kepada semua hidupan, termasuklah manusia sendiri. Antara kesan-
kesan siklon tropika ialah
- Menjejaskan aktiviti
perkapalan
- Merosakaan kenderaan.
Bangunan, jambatan dan struktur- struktur lain
- Mengakibatkankematian
- Mengakibatkan berlakunya
tanah runtuk
- Mengakibatkan wabak
penyakit
- Menggalakkan pembiakan
nyamuk
- Mengakibatkan bekalan
elektrik dan sistem komunikasi terjejas
Siklon Tropika
Siklon Tropika adalah ribut ganas yang berputar dan berdiameter beberapa ratus
kilometer yang terbentuk di perairan tropika. Melalui satelit, ia dilihat
seperti satu sistem gegelung ketat penuh kuasa dengan jalur awannya melingkar
keluar. Bagi siklon tropika matang, wujud satu kawasan di pusatnya dikenali
mata yang udaranya secara relatif adalah tenang dengan sedikit awan. Kawasan
ini dikenali sebagai mata bagi siklon tropika.
Siklon Tropika Dikelaskan Seperti Berikut:
Lekukan Tropika – satu sistem terdiri daripada awan dan ribut petir yang
berputar dengan kelajuan angin maksimum 63kmpj
Taufan – Satu sistem cuaca tropika hebat yang berputar dengan kelajuan angin
maksimum 118kmpj atau lebih
Ribut Tropika – Satu sistem ribut petir kuat yang berputar dengan kelajuan
angin maksimum antara 64 – 117kmpj
Bagaimana Siklon Tropika Terbentuk?
Siklon tropika terbentuk di kawasan lautan yang suhu permukaanya 26° C atau
lebih. Di rantau Asia, siklon tropika lebih
dikenali sebagai taufan. Ia terbebtuk semasa musim panas Hemisfera Utara di
mana suhu di Lautan Pasifik adalah panas dan sesuai untuk aktiviti perolakan.
Sistem tekanan rendah terbentukl di lautan tropika yang panas dan bergerak ke
arah barat, ia mengembang daripada lekukan tropika membentuk ribut tropika dan
akhirnya, menjadi taufan yang matang.
Perkembangan lekukan tropika kepada taufan bergantung kepada tiga keadaan:
• Suhu tinggi di permukaan laut
• Kelengasan
• Corak angin berhampiran permukaan laut yang melingkarkan udara ke arah dalam
Semasa pembentukan siklon, haba dan tenaga terkumpul berhubungan dengan air
laut yang panas. Haba dan kelengasan yang terhasil oleh penyejatan permukaan
laut memberi tenaga kepada siklon seperti kuasa enjin haba raksasa. Jaluran
ribut petir yang terbentuk membolehkan udara menjadi lebih panas dan naik
meninggi di dalam atmosfera.
Mata siklon berdiameter antara 30 – 100 kilometer merupakan pusat tekanan
rendah ribut tropika. Kawasan di mana berlakunya aktiviti paling aktif adalah
di sekeliling mata, ia dikenali sebagai dinding mata. Di sini, udara melingkar
ke arah atas dan ke arah luar dengan kelajuan yang meningkat. Sebahagian
daripada udara bergerak ke arah dalam dan tenggelam ke dalam mata, membentuk
kawasan bebas awan.
Bilakah Taufan Biasanya Berlaku?
Taufan biasanya muncul di barat Pasifik Utara pada awal Mei, bilanganya
bertambah dan mencapai maksimum di bulan September. Kebanyakan taufan terbentuk
di kawasan latitud antara 5º U dan 20º U, dan longitud antara 130º T dan 170º
T. Taufan biasanya bergerak menghala ke arah barat melintasi Filipina dan
seterusnya melencong ke arah timur laut menuju daratan Asia.
Apakah Taufan Memberi Kesan Kepada Malaysia?
Taufan jarang berlaku di selatan latitud 5º U. Di Malaysia tidak wujud landaan
terus taufan. Akan tetapi, semasa perjalananya melintasi Filipina menuju Laut
China Selatan, Malaysia
menerima kesan ekor dalam bentuk angin kencang dan hujan ribut yang kerap
melanda Sabah di Malaysia Timur. Kadang-kdang taufan yang berada di sekitar
pantai vietnam juga
memberikan kesan yang sama kepada negeri-negeri di barat laut Semenajung Malaysia.
Ribut tropika GREG yang melanda pantai barat Sabah pada malam 25 Disember 1996
dan ribut tropika Vamei yang melanda pantai tenggara Johor pada 27 Disember
2001 adalah dua kes pengecualian yang jarang sekali berlaku. Ribut yang bertiup
pada kelajuan 70 kmpj itu telah memusnahkan rumah-rumah dan mengganas selama
beberapa jam sebelum menjasi lemah.
Bahaya Berkaitan Taufan
Luruan Ribut
Suatu kubah air yang besar, lebarnya antara 80 – 160km yang melanda pinggir pantai
berhampiran tempat taufan bertemu daratan. Taufan yang kuat dan perairan yang
cetek akan menghasilkan luruan yang lebih tinggi. Luruan ribut mengancam nyawa
dan harta benda terutamanya di kawasan pantai.
Hujan Lebat
Hujan mencurah-curah menyeluruh, boleh menyebabkan banjir yang memusnahkan.
Angin Kencang
Daya angin taufan boleh memusnahkan bangunan dan struktur binaan yng tidak
kukuh. Serpihan runtuhan akan berterbangan dalam taufan. Langkisau kuat boleh
menumbangkan pokok dan memutuskan talian elektrik yang boleh menyebabkab
gangguan besar.