Kalau awak FOLLOW, saya follow sekali !

KliK Ini Sekali taw ! SEKALI JER :)

Saturday, July 9, 2011

GEO1-KESAN HAKISAN DI PINGGIR PANTAI ;))

KESAN PEMBANGUNAN
TERHADAP HAKISAN DI ZON


PINGGIR PANTAI DI
MALAYSIA

1.0 Pendahuluan

Memang tidak dapat dinafikan zon pinggir pantai merupakan satu zon yang strategi untuk melaksanakan aktiviti pembangunan. Justeru itu terdapat pelbagai bentuk pembangunan telah dialirkan ke
kawasan ini seperti pembangunan pelancongan,pembangunan petempatan dan
bandar, pembangunan industri dan pelabuhan, pertanian akuakultur dan sebagainya yang
melibatkan pemusnahan sumber-sumber semulajadi secara besar-besaran khususnya
pemusnahan hutan bakau. Akibat tumpuan pembangunan yang melampau terhadap zon ini
maka ia kini menghadapi satu permasalahan fizikal yang agak serius iaitu
meningkatnya kadar hakisan pinggir pantai yang menyebabkan saiz pantai semakin sempit. 

Di dalam artikel ini penulis akan membincangkan beberapa perkara penting
berkaitan dengan fenomena di atas, iaitu; pertama konsep zon pinggir pantai dan kompleksiti
proses geomorfologi yang dialaminya, kedua bagaimana pembangunan di zon pinggir pantai
telah menjana kadar hakisan pantai, dan ke tiga strategi pembangunan lestari yang
boleh dilaksanakan untuk mengurangkan kadar hakisan pantai berkenaan. Skala
perbincangan adalah terhadap zon pinggir pantai di Malaysia sahaja.

2.0 Konsep Zon
Pinggir Pantai dan Proses Geomorfologi Yang


Dialaminya.

Zon pinggir pantai dapat didefinasikan sebagai satu jalur linear daratan dan ruang lautan yang terdapat berhampiran merangkumi air dan juga bahagian daratan yang tenggelam), dan saling bergantung antara satu dengan lain. Zon ini merangkumi kawasan 
peralihan antara kawasan pasang surut, kawasan berpaya, dataran banjir
pinggir pantai dan ke daratan dari dataran, banjir serta keseluruhan kawasan pesisir yang disalirkan secara langsung ke perairan pinggir pantai. (Jamaluddin
Md Jahi, Pembangunan dan Alam
Sekitar di Malaysia: Isu dan
Pengurusannya, DBP, K.L, m.s. 317).

Sistem zon pinggir pantai ini adalah sungguh kompleks. Ia terdiri Daripada unsur-unsur yang terkandung dalam tiga zon utama yang saling bergantung, iaitu dataran pinggir pantai, zon pesisir dan juga zon hampir pesisir. Sumber makanan yang begitu banyak terhimpun di zon pinggir pantai ini membolehkan pelbagai habitat yang
unik terbentuk dengan ciri-ciri ekosistemnya tersendiri seperti ekosistem
payau (salt marsh), bakau (mangrove), serta ekosistem muara (estuarine). (Jamaluddin Md
Jahi, Ibid).

Daripada segi proses fizikal khususnya proses geomorfologi, zon ini merupakan zon yang paling kuat dan dinamik. Pelbagai proses geomorfologi yang dialaminya. Antaranya ialah tindakan ombak meliputi hakisan, pengangkutan dan pemendapan. Di zon pinggir pantai yang lebih dalam serta ciri-ciri geologi yang lebih keras seperti di kawasan teluk dan tanjung lebih banyak mengalami proses-proses hakisan ombak. Misalnya tindakan hidraul,
geselan(kikisan), lagaan dan juga larutan. Manakala di zon pinggir pantai yang lebih landai/cetek seperti di kawasan pantai berpasir atau berlumpur lebih banyak mengalami proses pemendapan. Ini kerana tenaga ombak di kawasan pantai yang cetek menjadi semakin lemah akibat geseran dengan dasar lantas memendapkan segala bahan yang di bawanya.

Selain ombak, arus juga menjadi sebahagian daripada proses geomorfologi di 
zon pinggir pantai. Terdapat tiga jenis arus yang bertindak iaitu arus seret, arus tempur 
dan juga arus pesisir atau arus sepanjang pantai. Ketiga-tiga jenis arus ini terhasil akibat kekacauan ombak yang tiba di pantai.(Jamaluddin Md Jahi, Pengantar Geomorfologi, DBP, K.L., 1989, m.s., 199 – 200)Ke tiga-tiga arus ini amat penting dalam mempengaruhi proses-proses hakisan,pengangkutan dan pemendapan bahan mendak pantai bagi menghasilkan pelbagai rupamuka yang menarik di zon pinggir pantai. Misalnya arus pesisir pantai terpengaruh dalam pembentukan anak tanjung, beting pasir, lagun dan sebagainya.

Pasang surut juga tidak kurang hebatnya bertindak di zon pinggir pantai. Pasang surut  
merupakan satu fenomena yang tetap mengenai aras air tinggi dan aras air rendah di laut
yang terjadi akibat daripada interaksi tarikan graviti bulan, bumi dan matahari. (Jamaluddin Md Jahi, Ibid, m.s., 95). Bezantara  tikas air pasang dengan tikas air surut menjadi satu had untuk mengukur sejauhmana berkesannya proses hakisan dan pemendapan ombak. Misalnya di kawasan muara atau paya bakau, sejauhmana had air pasang maka sejauh itulah proses
pemendapan boleh berlaku. Ini kerana ketika air pasang, ia akan membawa segala bahan
enapan dari laut dan akan memendapkannya ketika ia surut. Proses pemendapan akan
menjadi lebih cepat akibat pertembungan air pasang dengan arus sungai yang menuju ke
hilirnya. Justeru itu di kawasan paya bakau dan muara sungai amat kaya dengan
nutrien dan sumber makanan untuk pelbagai spesis hidup.

Di zon luar pesisir yang tidak dapat dicapai oleh ombak pula tindakan angin amat 
dominan sekali. Angin juga boleh menghakis dan memendapkan segala bahan yang ada 
di pantai. Sebagai contoh kewujudan diun-diun pasir yang cantik di tepi pantai adalah 
hasil kerja pemendapan angin. Profil dan saiz pantai seringkali berubah bergantung kepada kekuatan tiupan angin. Ini kerana angin menjadi faktor penting mempengaruhi saiz, jenis dan kekuatan ombak. Jika angin kencang/ribut seperti di musim tengkujuh maka ombak yang besar dikenali sebagai “ombak pembinasa” akan terbentuk, menghempas pantai dengan kuat, menghakis dan mengecilkan saiz pantai. Pada masa ini diun-diun pasir akan musnah. Sebaliknya tiupan angin yang perlahan membolehkan “ombak pembina” terjadi,
memendap pasir-pasir di tepi pantai lantas saiz pantai menjadi semakin lebar.

3.0 Pembangunan
dan Peningkatan Kadar Hakisan di Zon Pinggir

Pantai.

Sesebuah pantai yang cantik sebenarnya terbentuk hasil daripada kombinasi prosesproses geomorfologi yang telah dibincangkan di atas tadi. Pada asalnya jika zon pinggir pantai tidak diganggu gugat
secara melampau oleh manusia maka sifat fizikal pantai akan dapat dikekalkan. Ini kerana secara semulajadi segala proses geomorfologi yang bertindak akan sentiasa berada pada tahap keseimbangan (equalibirium). Tetapi kerakusan manusia yang telah membangunkan kawasan pantai secara berlebihan tanpa melaksanakan proses pemeliharaan dan pemuliharaan yang sistematik telah menyebabkan keseimbangan proses-proses
geomorfologi tergugat. Pantai semakin terhakis dan sempit. Manusialah sebenarnaya Bertanggungjawab menjana dan mempercepatkan lagi kadar hakisan di zon pinggir pantai.

Mengikut Prof. Aziz Ibrahim, Ketua Pengarah National Hydraulic Research Institute of
Malaysia (NAHRIM),kini terdapat sekurang-kurangnya 74 tempat di sepanjang pantai di negara ini
yang menghadapi resiko hakisan yang serius. Semuanya berpunca daripada perbuatan manusia sendiri. 74 tempat ini, bila diambil kira kesemuanya merupakan satu pertiga daripada keseluruhan pantai negara ini iaitu lebih kurang 4800 kilometer. Hakisan yang paling teruk berlaku adalah di pantai timur semenanjung. Ada
bahagian-bahagian jalan raya yang telah rosak di sebabkan hakisan pantai yang telah sekian lama
berlarutan. Prof. Aziz menambah, ada dua bentuk hakisan pantai yang berlaku di negara
ini. Pertama hakisan yang berlaku sedikit demi sedikit – hakisan biasa akibat fenomena semulajadi dan keduanya hakisan secara cepat, mendadak atau hakisan luar biasa akibat perbuatan manusia sendiri. Di antara contoh-contoh pantai yang terhakis secara mendadak akibat pembangunan manusia ialah seperti di Pantai Kelebang Melaka, Pantai Tanjung Karang Selangor yang berpunca daripada pemusnahan hutan bakau dan Pantai Cahaya Bulan (PCB) di Kelantan yang berpunca daripada kerjakerja memperdalamkan muara di Pengkalan Datu semenjak pertengahan 80-an lagi.

Kajian oleh National Erosion Study 1985, menunjukkan bahawa hakisan sepanjang garis pantai Malaysia adalah meluas, giat dan serius sekali. Sekurangkurangnya 1300 km (atau 27%) daripada 4800
km garis pantai Malaysia mengalami hakisan. Kadar hakisan pantai yang giat kebanyakannya menjejaskan kawasan-kawasan pertanian, perumahan, kemudahan pengangkutan, tempat-tempat pelancongan dan reakreasi. Laporan ini juga menyebut bahawa kadar hakisan di kawasan-kawasan kritikal adalah di sekitar 3 – 4 meter setahun dan ada juga yang mencapai 100 meter setahun seperti di Balik Pulau, Pulau Pinang. (Wan
Ruslan Ismail, Majalah Akademik, Nurin Enterprise, K.L., Febuari 1990, m.s 43). Di antara contoh-contoh pantai di Malaysia yang giat terhakis ialah seperti Pantai Kuala Kedah dan Pantai Merdeka, Pantai Tanjung Dawai dan Batu Feringgi di Pulau Pinang, Pantai Morib di Selangor, Desaru dan Pantai Remis di Johor, pantai Kuala Dungun, Kuala Kemaman, Kuala Terengganu hingga ke Kuala Ibai di Terengganu serta Pantai Cahaya Bulan, Pantai Sabak dan Pantai Seri Tujuh di Kelantan.

Terdapat beberapa aktiviti manusia yang dikenalpasti meningkatkan lagi kadar hakisan pantai. Antaranya ialah seperti pembangunan pelancongan (pembinaan hotel,resort padang golf dll), pemusnahan hutan bakau untuk pelbagai tujuan, aktiviti pengorekan pasir seperti memperdalamkan pelabuhan, pengambilan pasir laut/pantai untuk pelbagai projek pembinaan dan lain-lain yang berkaitan.

Kepesatan pembangunan pelancongan telah mendedahkan zon pinggir pantai kepada agen-agen geomorfologi secara berterusan terutama sekali di peringkat awal kerja-kerja pembinaan hotel, resort, chalet dan sebagainya. Ini disebabkan oleh penebangan pokok-pokok pelindung pantai bagi tujuan membina pelbagai bangunan yang berkaitan. Sebelum zon pinggir pantai dipulihkan kembali melalui kaedah  "penyuburan pantai” dengan ditanam pokok-pokok pelindung maka sudah tentu zon pinggir pantai tersebut terhakis teruk. Kajian yang dijalankan di Pulau Langkawi yang merupakan salah satu kawasan yang pesat membangun dengan sektor pelancongan di Malaysia mendapati bahawa 17.3% daripada pengusaha
penginapan di kawasan pinggir pantainya mengalami masalah hakisan pantai. Di antara pantai yang mengalami masalah hakisan di Langkawi ialah Pantai Tanjung Rhu, Pantai Chenang dan juga Pantai Kuala Teriang. Bagi pengusaha hotel, resort dan chalet berkenaan usaha yang dilakukan untuk mengurangkan 
kadar hakisan berkenaan ialah dengan menanam lebih banyak pokok, pembinaan benteng konkrit, menambak pasir di kawasan yang terhakis dan “back filling”. ( Abibullah Hj Samsudin, Pengurusan Sumber Alam Tropika, DBP, K.L. 1999, Bab 3, m.s. 46 – 48).

Selain itu pemusnahan hutan bakau untuk pelbagai projek pembangunan juga dikenalpasti menjadi punca utama kadar hakisan pantai secara mendadak berlaku. Fenomena ini kebanyakannya terjadi di pantai Barat Semenanjung. Hutan bakau sebenarnya berfungsi sebagai zon penampan semulajadi (buffer zone) yang paling berkesan sekali untuk menahan segala bentuk hakisan samada disebabkan oleh pergerakan air, ombak, arus,hujan ribut, angin dan sebagainya. Hal ini kerana ciri-ciri kepadatan kanopinya, sistem akar
yang kompleks yang berupaya menahan/mengurangkan tenaga hakisan dan sebaliknya berfungsi memerangkap segala bahan yang dibawa oleh agen-agen hakisan lalu memendapkannya. Jika hutan bakau
dimusnahkan maka fungsi ini tidak boleh dikembalikan seperti sediakala, lantas garis pantai akan terdedah secara langsung kepada agen-agen hakisan. Selain daripada fungsinya sebagai penahan hakisan, hutan bakau juga penting untuk mengekalkan sistem ekologi setempat, pengimbang kitaran karbon dioksida dalam  atmosfera, mengekalkan pusingan bekalan makanan (nutrien), menjadi habitat pelbagai jenis spesis dan mampu memelihara kualiti air.

Zon pinggir pantai boleh dianggap sebagai satu unit sistem geomorfologi yang dinamik sifatnya. Justeru itu
memang menjadi sifat semulajadi sesebuah sistem untuk


sentiasa mencapai ke tahap
keseimbangan apabila elemen-elemen dalam sesebuah sistem


tersebut menerima gangguan.(self
regulation).
Dalam hal ini ketidakseimbangan kepada


profil pantai akan terjadi
apabila aktiviti pengorekan pasir laut dilakukan misalnya bagi


tujuan memperdalamkan muara
ataupun pelabuhan. Bagi tujuan mengimbangi profil


pantai maka agen-agen
geomorfologi seperti ombak dan arus akan bertindak menghakis,


mengaut dan mengangkut
pasir-pasir di tepi pantai untuk ditimbunkan kembali di


bahagian muara yang dikorek tadi.
Ombak akan menghakis dan mengaut pasir dari


bahagian dataran pantai manakala
arus pesisir akan membawa pasir-pasir tersebut untuk


dimendapkan di bahagian muara
berkenaan. Akhirnya garis pantai akan terhakis dan


semakin mengundur ke daratan. Kes
ini amat ketara berlaku di Pantai Kuala Kemaman,


Terengganu. Akibat kerja-kerja
memperdalamkan pelabuhan Kemaman serta muara


sungai Kemaman maka garis pantai
di sekitar kuala Kemaman itu sendiri mengalami


hakisan yang teruk sehingga
meliputi kawasan petempatan nelayan. Apabila resiko


hakisan boleh mengancam
keselamatan nelayan maka kerajaan negeri terpaksa


memindahkan nelayan-nelayan yang
terbabit ke satu kawasan petempatan baru yang


lebih selamat.





4.0 Strategi
Pembangunan Lestari - Mengurangkan Kadar


Hakisan di Zon
Pinggir Pantai
.





Pembangunan
lestari adalah satu idea pembangunan yang dilaksanakan bagi


tujuan mengekalkan keadaan asal (sustainable
development)
sesuatu sumber di sesebuah


kawasan agar dapat dinikmati
secara berterusan oleh generasi kini dan akan datang.


Justeru itu adunan pembangunan
dengan usaha pemeliharaan dan pemuliharaan secara


saintifik dan sistematik mestilah
dilaksanakan di zon pinggir pantai khususnya dalam


konteks mengawal kadar hakisan
yang semakin giat berlaku. Strategi pembangunan bagi


mengurangkan kadar hakisan ini
boleh dilakukan melalui tiga langkah penting. Pertama,


langkah perundangan, ke dua
amalan pengurusan yang cekap dan ke tiga kempen


kesedaran.





Langkah
perundangan melibatkan perlaksanaan akta-akta tertentu bagi mencegah


sesuatu sumber daripada mengalami
kemusnahan. Dalam konteks ini pemusnahan hutan


bakau boleh dicegah melalui
penguatkuasaan undang-undang yang ada misalnya Akta


Perhutanan Negara 1984. Kawasan
hutan bakau digazetkan sebagai hutan simpan kekal


dan saiz hutan simpan ini mesti
diperluaskan bagi setiap negeri di Malaysia. Peristiharan


hutan bakau sebagai kawasan hutan
simpan perlindungan, yang kini lebih dikenali


sebagai “wetland sanctuary
seperti taman negara Endau – Rompin akan


mengelakkannya dari sebarang
bentuk pencerobohan. Dengan melindungi hutan bakau


maka secara langsung kadar
hakisan pantai boleh dikawal secara semulajadi. Selain


daripada hutan bakau, tumbuhan
hutan pantai yang lain seperti pokok rhu, pokok nipah,


pokok jaras, pokok gelam juga
perlu dilindungi oleh undang-undang kerana pokok-pokok


tersebut juga amat berfungsi
mengekang hakisan angin.





Amalan
pengurusan sumber yang cekap juga boleh membantu mengelakkan kadar


hakisan pantai. Misalnya dalam
konteks penebangan hutan bakau. Bagi kawasan hutan


bakau yang dibenarkan sebagai “kawasan
usaha - hasilan
” mestilah diuruskan secara


sistem tebangan memilih dan diharamkan
sama sekali
sistem
tebang - bersih
.


Pokok-pokok yang benar-benar
matang sahaja yang dibenarkan di tebang dan mengikut


kadar pusingan tebangan antara 25
hingga 30 tahun sekali. Ini memberikan peluang


kepada proses tumbesaran
secukupnya kepada pokok-pokok yang lebih muda. Tunggul


dan sisa penebangan pula akan
dibiarkan reput dalam kawasan hutan tersebut bagi


menggalakkan pertumbuhan anak
benih yang baru berlaku, dan jika dalam tempoh dua


tahun didapati tidak berlaku
pertumbuhan benih maka program penanaman semula pokok


bakau mestilah dijalankan segera
dengan menanam pokok bakau yang bernilai tinggi dari


spesis Rhizophora Apiculataagar sistem paya bakau dapat terus berfungsi seperti


keadaan asal khususnya dalam
konteks mengawal hakisan pantai.





Pada amnya
kaedah kawalan hakisan pantai boleh dibahagikan kepada dua jenis


iaitu melalui kaedah
penyuburan pantai
dan juga kaedah kawalan struktur. Kaedah


penyuburan pantai melibatkan
usaha-uasha penanaman tumbuh-tumbuhan seperti pokok


rhu dan rumput di atas pantai
atau bukit pasir (diun) agar wujud satu lapisan perlindungan


daripada agen–agen hakisan. Pokok
rhu amat sesuai ditanam bukan sahaja untuk


mengekang hakisan angin tetapi
juga sebagai mencantikkan lagi kawasan pantai


manakala system akar rumput pula
boleh mengikat dan mengukuhkan butiran pasir ditepi


pantai. Kaedah ini boleh
dikelaskan sebagai kawalan biologi.





Manakala kaedah
kawalan struktur pula melibatkan aspek kejuruteraan pantai.


Antaranya seperti pembinaan
benteng konkrit, aspalt, batu, pancang kayu, guni pasir


termasuklah “Groin dan Gabion”.
Groin ialah struktur yang pendek diperbuat


daripada konkrit atau kayu yang
dibina menganjur ke laut bersudut tepat dengan garis


pantai bertujuan untuk
memerangkap enapan pasir yang di bawa oleh ombak dan juga


arus pesisir pantai. Manakala
Gabion ialah sangkar dawai logam berbentuk empat segi


bujur yang diisi dengan batu
kerikil dan diletakkan di zon ombak pecah. Dengan itu


tenaga ombak tidak seratus
peratus menghempas pantai sebaliknya akan ditahan dan


diserap oleh gabion berkenaan
sebelum tiba ke pantai. Selain daripada penggunaan


sangkar dawai dan kerikil, gabion
juga boleh diperbuat daripada tayar-tayar buruk yang


diikat antara satu sama lain dan
direntangkan di zon ombak pecah. Fungsinya sama, iaitu


untuk menahan dan menyerap tenaga
hempasan ombak agar tidak terus tiba ke pantai.


Penggunaan tayar-tayar buruk
boleh bertindak sebagai tukun-tukun tiruan yang kelak


menjadi tempat pembiakan/habitat
ikan. Bagi kawasan yang agak serius kadar


hakisannya maka pembinaan benteng
konkrit atau ketulan-ketulan batu yang besar boleh


diletakkan di tepi-tepi pantai
berkenaan bagi mengurangkan kesan hempasan ombak ke


atas pantai. Sebagai contoh
sekitar hotel Primula di Pantai Batu Buruk di Kuala


Terengganu dan di pantai
pelabuhan Kuantan di Pahang.





Langkah kawalan
pantai yang berkesan seharusnya dilengkapi dengan aspek


kesedaran terhadap semua lapisan
masyarakat. Zon pinggir pantai tidak seharusnya


dinilai daripada aspek ekonomi semata-mata.
Nilai-nilai biologi dan estetikanya mestilah


dijaga. Justeru setiap projek
pembangunan yang hendak dilaksanakan mestilah diadunkan


dengan usaha pemeliharaan dan
pemuliharaan. Pengusaha harus menyedari pemeliharaan


dan pemuliharaan merupakan satu
kos yang mesti dibayar. Justeru itu kajian EIA


(Environment Impact Assesment)
mestilah dilakukan dan dipatuhi sepenuhnya sebelum


semasa dan selepas projek
dilaksanakan. Masyarakat umum mesti sentiasa disedarkan


melalui kempen,program usaha
sama/gotong royong, pendidikan alam sekitar khususnya


menerusi media massa dan
pendidikan formal di sekolah.


-----------------Majalah STPM--------------------------------Geografi Kertas
1
----------------


TEORI HANYUTAN BENUA


---------------------------------------Oleh: Rusly bin Musa---------------------------


------


Pendahuluan


Konsep Hanyutan Benua mula
diperkenalkan oleh ahli-ahli geologi dan geofizik


lebih kurang 50 tahun yang lalu.
Konsep ini sebenarnya terhasil melalui hipotesis awal


mengenai hanyutan benua yang diperkenalkan
oleh Alfred Wegener (1910). Idea


hanyutan benua muncul apabila
ahli-ahli geologi dan geofizik berpendapat
“tentu


terdapat satu
kuasa yang amat kuat terletak jauh di dalam bumi yang dapat


mengubah lapisan
kerak bumi dan permukaan bumi secara besar-besaran”.


Oleh itu, teori ini merupakan
satu revolusi di dalam kajian sains bumi dan telah


mewujudkan satu andaian berkenaan
berlakunya proses geologi secara besar-besaran.


Teori Hanyutan Benua
Hipotesis
Wegener


Hanyutan benua adalah satu teori
yang cuba menerangkan tentang kewujudan dan


taburan benua-benua yang ada pada
hari ini. Andaian Wegener adalah amat mudah


Bahawa
benua-benua yang ada pada hari ini sebenarnya berasal daripada


satu benua yang
besar sahaja yang dinamakan sebagai PANGEA (Pan =


all, Gea =
earth) dan apabila berlakunya gerakan-gerakan di dalam kerak


bumi Pangea akan
berpecah-pecah dan bertaburaan sepertimana yang ada


pada hari ini”. Hipotesis
Wegener menerangkan pada peringkat awal perpecahan


Pangea terbahagi kepada dua jisim
daratan yang digelar sebagai
Laurasia di sebelah


utara dan Gondwanaland di sebelah
selatan. Laurasia mengandungi benua-benua


seperti Amerika Utara, Eropah dan
Asia sementara Gondwanaland mengandungi benua


Amerika Selatan, Afrika,
Semenanjung Arab, India dan Australia. Beliau juga


berpendapat putaran bumi
membekalkan tenaga tekanan yang cukup kuat untuk memisah


dan menghanyutkan benua-benua
tersebut selain daripada tenaga endogenik yang ada di


dalam lapisan kerak bumi itu
sendiri.


Apabila berlaku perpecahan pada
Pangea maka terdapat pembentukan pecahan


yang besar antara Amerika dan
Eropah- Afrika dan juga antara Australia – Antartika serta


Afrika –India. Pemecahan tersebut
menjadi lebih nyata apabila jisim-jisim daratan


berkenaan terus hanyut lebih jauh
dan mewujudkan lautan Atlantik serta lautan Hindi.


Lautan yang wujud sebelum
berlakunya hanyutan benua-benua berkenaan menjadi asas


bagi pembentukan lautan Pasifik
yang terdapat pada masa kini. Fenomena ini berlaku


pada zaman mesozoik. Sehingga
zaman Kenozoik pula India telah terpisah dari lain-lain


bahagian Asia oleh lautan Tethys
yang cetek. Mengikut Wegener lagi, India seolah-olah


telah dipendekkan setelah
mengalami hanyutan ke arah utara melintasi lautan Hindi yang


ada pada masa ini. Pertembungan
antara tanah besar Asia dengan India membentuk


Banjaran Lipatan Himalaya. Dapat
dikatakan juga bahawa cara seperti ini telah


menghasilkan banjaran-banjaran
gunung pada zaman Tersier seperti banjaran Alps,


Andes,Rokcy dan lain-lain lagi.
Wegener mempercayai bahawa lipatan yang rencam ini


adalah akibat daripada geseran
menarik yang wujud semasa benua melintasi di atas


lapisan kerak batuan basalt.


Wegener telah menyatakan terdapat
dua arah utama pergerakan/hanyutan benua


ini iaitu pergerakan ke arah
barat yang disebabkan oleh kuasa-kuasa tektonik yang ada di


dalam bumi dan juga pergerakan
dari kutub akibat tekanan ke atas benua yang seolaholah


terapung di atas lautan magma
yang panas. Justeru itu, hipotesis Wegener ini amat


berkait dengan daya/kuasa yang
ada di dalam bumi. Terdapat dua daya utama yang wujud


di dalam bumi yang boleh
mengerakkan lapisan kerak bumi iaitu daya mampatan dan


daya tegangan. Kedua-dua daya ini
wujud akibat adanya arus perolakan yang panas.


Sebenarnya batuan di dalam mantel
bumi mengalami suhu dan tekanan yang sangat


tinggi sehingga batuan tersebut
menjadi cair atau separa cair. Kepanasan dan kecairan


batuan ini mewujudkan satu arus
perolakan yang sentiasa boleh menggerakkan lapisan


kerak bumi di atasnya. Justeru
itu tidak hairanlah jika ada pendapat yang mengatakan


lapisan kerak bumi seolah-olah
berada dan terapung-apung di atas lautan magma yang


panas di bawahnya!. Lapisan
mantel yang panas ini dikenali sebagai astenosfera. Apabila


arus perolakan ini bergerak ia
akan mengenakan daya mampatan dan tegangan ke atas


lapisan kerak bumi di atasnya dan
kesannya lapisan kerak bumi turut bergerak yang


bererti benua-benua yang adapun
turut bergerak. Pergerakan ini mengambil masa berjutajuta


tahun lamanya. (lihat rajah di
bawah)


Rajah
menunjukkan arus perolakan yang panas


yang mengerakkan
lapisan kerak bumi di atasnya akibat mampatan dan tegangan
.


Wegener seterusnya menyarankan
bahawa apabila sesebuah benua bergerak ke


hadapan maka di bahagian
belakangnya akan terbentuk lautan yang baru. Pada asasnya


pergerakan benua-benua mengikut
Wegener adalah seperti di bawah.


Bukti-Bukti Yang
Menyokong


Teori Hanyutan Benua


Wegener dan juga ahli-ahli
geologi yang tertarik dengan pandangannya seperti


Alexander du Toit di Afrika
Selatan dan Arthur Holmes di England telah mengemukakan


beberapa bukti menarik bagi
menyokong teori ini. Bukti-bukti tersebut muncul dari


pelbagai disiplin pengajian
seperti bukti geologi, geokronologi, bukti oseanografi, bukti


paleomagnet dan sebagainya.


1. Bukti
keselanjaran benua
. Bermula dengan Francis Bacon, para


pengkaji telah cuba membuktikan
bahawa garisan pinggir pantai di beberapa benua boleh


dicantumkan walaupun kedudukan
benua-benua kini adalah jauh dan dipisahkan oleh


lautan yang luas. Misalnya
pinggir laut di bahagian barat Afrika boleh dicantumkan


dengan pinggir laut di bahagian
timur Amerika Selatan. Begitu juga dengan pinggir laut


di Eropah Barat boleh dicantumkan
dengan pinggir laut di Amerika Utara. Padanan


antara benua-benua yang boleh
dicantumkan ini seolah-olah seperti “Jigsaw Puzzle”.


Keadaan percantuman ini menjadi
lebih jelas lagi apabila diambil kira kedudukan pentas


benua yang lebih luas saiznya
bagi setiap benua yang dicantumkan dan kaedahnya


menjadi lebih mudah dengan
menggunakan teknik grafik komputer. Wujudnya keadaan


keselanjaran yang sungguh baik
sekiranya benua-benua berkenaan dicantumkan dengan


teliti memberi kekuatan kepada
pendokong teori hanyutan benua bahawa benua-benua


yang ada pada hari ini berasal
daripada satu benua yang besar sahaja!. Lihat rajah di


bawah.


Keselanjaran benua
terjadi apabila beberapa


pinggir laut
benua dicantumkan secara grafik komputer.


2. Bukti Geologi. Melalui teknik
radiometrik telah ditemui bahawa


geologi enapan awal yang berada
di dasar laut yang terletak di sekitar lautan Atlantik


adalah sama dengan yang ditemui
di benua-benua Amerika Selatan dan Afrika daripada


segi jenis dan usianya. Bukti
geologi yang ditemui itu dikatakan bermula pada zaman pra


kambrian hinggalah ke zaman
mesozoik. Dengan bukti geologi yang serupa walaupun


berada pada benua yang berlainan
sekali lagi telah menguatkan hujan kemungkinan


benua-benua tersebut telah
berpecah dari satu blok atau jisim benua yang sama


sebelumnya.


Di sepanjang pinggir pantai
Brazil di Amerika Selatan terdapat satu jaluran


batuan lama (mempunyai umur
kira-kira 2000 juta tahun)
yang menyerupai satu jaluran


batuan lain yang terdapat di
Afrika. Persamaan-persamaan daripada segi jaluran batuan


ini membuktikan bahawa benua
Amerika selatan dan Afrika adalah bercantum pada masa


pra-Kambrian. Keselanjaran
tersebut berterusan sehingga zaman Mesozoik berdasarkan


kepada bukti bahawa terdapatnya
lapisan batuan Paleozoik Akhir yang ditemui di keduadua


benua tersebut. Tambahan pula
bahan mendak lautan yang paling awal yang terdapat


di pinggir pantai di kedua-dua
benua berkenaan mempunyai umur yang serupa iaitu


wujud pada zaman jurasik, dan
perkara ini menggambarkan bahawa lautan Atlantik yang


memisahkan ke dua-dua benua itu
kini adalah tidak wujud pada zaman tersebut. Bukti


geologi yang sama daripada segi
struktur dan usianya ditunjukkan oleh gambarajah di


bawah:


Kesamaan
struktur dan usia batuan


Yang berada di
benua yang berlainan.


Kesamaan struktur batuan yang


terdapat di benua Afrika dan Amerika


Selatan


Padanan geologi Antartika, Australia


dan Afrika menunjukkan trend struktur


dan usia batuan yang sama


3. Bukti Fosil. Pada logiknya
sesetengah organisma samada tumbuhan


atau haiwan tidak mungkin boleh
berpindah jika terdapatnya halangan seperti lautan yang


luas. Tetapi bagaimanakah fosil
khususnya haiwan-haiwan yang besar seperti dinosaur


boleh ditemui di pelbagai benua
walaupun benua-benua tersebut terpisah jauh?.


Tambahan pula fosil haiwan yang
ditemui itu adalah sama daripada segi jenis dan


usianya. Sebenarnya
persoalan-persoalan inilah yang menjadi asas kepada Wegener dan


Du Toit untuk menguatkan bukti
kebenaran Teori Hanyutan Benua. Pandangan beliau ini


secara tidak langsung disokong
melalui kajian fosil atau bidang paleontology. Telah


banyak fosil haiwan dan juga
tumbuhan yang sama ditemui di benua-benua yang


berlainan khususnya fosil
tersebut masih terpelihara dengan baik di dalam lapisan ais


yang tebal. Misalnya fosil
dinausor dari zaman Jurasik telah ditemui di Amerika Utara,


Amerika Selatan, Afrika Selatan
malah di China sendiri. Bukti-bukti ini menguatkan


hujah bahawa asalnya benua-benua
tersebut adalah satu sahaja yang mana haiwan-haiwan


berkenaan hidup di satu kawasan
yang sama. Apabila berlakunya hanyutan benua-benua


akan terpisah dan haiwan-haiwan
itu juga turut terpisah.


4. Bukti
Paleomagnet
.
Kajian paleomagnetisma telah menghasilkan tiga


bukti penting bagi menyokong
berlakunya hanyutan benua. Pertama, bukti mengenai


perpindahan kutub, kedua bukti
mengenai pengalihan dan putaran benua dan ketiga bukti


mengenai pembalikan medan
geomagnet. Pengukuran yang telah dibuat berhubung


dengan kemagnetan fosil yang
ditemui menunjukkan bahawa kutub magnet utara telah


berubah sejauh 21000 km dari
sebelah barat Amerika Utara ke sebelah utara Asia dan ke


kawasan Artik. Fenomena ini
berlaku pada masa pra-kambrian hinggalah ke zaman


pertengahan Tersier. Bukti ini
telah diutarakan oleh Runcorn dan beberapa pengkaji lain.


Ini menunjukkan berlakunya
perpindahan kutub utara sesuatu benua yang mencerminkan


benua itu turut pengalami
pergerakan/hanyutan. Lihat rajah di bawah:


Perpindahan Letakan
Kutub Sejak Zaman


Pra-Kambrian – Oleh Runcorn.


5. Bukti
Oseanik.
Selain
daripada bukti yang ada di daratan benua terdapat


juga bukti yang diperolehi dari
lembangan lautan bagi menyokong berlakunya proses


hanyutan benua ini. Bukti-bukti
yang diperolehi dari lembangan lautan ini dipanggil


sebagai bukti oseanik. Misalnya
bukti mengenai bahan mendak/sedimen lautan dan juga


bukti mengenai berlakunya
perluasan dasar lautan. Bahan mendak lautan yang paling tua


ditemui menerusi usaha
penggerudian ialah berusia kira-kira 160 juta tahun dahulu iaitu


bersamaan dengan zaman Jurasik.
Bahan mendak lautan ini telah ditemui di lautan


Pasifik dan juga lautan Atlantik.
Walaupun ke dua-dua lautan ini pada masa ini terletak


jauh tetapi oleh kerana bahan
mendakan yang ditemui itu sama jenis dan sama usia yang


dibentuk pada zaman Jurasik maka
sekali lagi ia menguatkan hujah berlakunya


pergerakan benua. Selain itu
kajian-kajian oseanik juga menunjukkan bahawa usia bahan


mendak adalah lebih tua
berhampiran dengan benua dan semakin muda apabila semakin


jauh ke laut. Justeru para
pengkaji menyimpulkan berlakunya proses perluasan dasar laut


dengan kadar yang diberikan
kira-kira 2 sentimeter setiap tahun. Dengan adanya hipotesis


perluasan dasar laut ini juga
boleh menguatkan hujah benua-benua sentiasa mengalami


pergerakan/hanyutan khususnya
dalam bentuk pergerakan plat-plat tektonik.


Rumusan


Walaupun hanyutan benua merupakan
satu teori yang boleh disokong dan boleh


ditentang tetapi ia
sekurang-kurangnya telah menambahkan lagi pemahaman kita tentang


adanya tenaga dalaman bumi (tenaga
endogenik
) yang sentiasa menjadikan sistem bumi


ini hidup. Rentetan daripada
teori hanyutan benua ini muncul pula satu teori lain yang


memperlengkapkan lagi pemahaman
kita tentang berlakunya aktiviti tektonik dalam


bumi. Teori tersebut dikemukakan
oleh Dietz (1961) dan Hegg (1962) dan ia dikenali


sebagai Teori Plat
Tektonik
yang
mengatakan bahawa lapisan kerak bumi ini


sememangnya sentiasa bergerak
dalam bentuk kepingan-kepingan (Plat-plat) samada


kecil ataupun besar akibat adanya
arus perolakan dalam bumi. Justeru apabila ke dua-dua


teori ini dikaji maka kita boleh
memberikan jawapan terhadap pelbagai fenomena alam


seperti gunung berapi, gempa
bumi, kejadian gunung lipat, pelbagai jenis gelinciran,


kemunculan pulau-pulau yang baru,
kejadian jurang lautan dan lain-lain lagi.


--------------------Majalah
STPM-----------------------------
Geografi Kertas 1---------------


PEMBANDARAN DAN KESAN
HIDROLOGI


---------------------------------------Oleh: Rusly bin Musa-------------------------------


Pendahuluan


Proses pembandaran yang pesat
lazimnya akan memberikan impak negatif kepada


keseimbangan hidrologi bandar.
Hidrologi bandar adalah satu edaran hidrologi tempatan


yang melibatkan tiga medium
penting iaitu atmosfera bandar, daratan bandar dan juga


sumber-sumber air di bandar.
Sepertimana kitar hidrologi global, kitaran hidrologi bandar


juga melibatkan beberapa proses
penting seperti sejatan dan sejat-peluhan, alir lintang,


kerpasan khususnya hujan,
pintasan, larian air, susupan serta pergerakan air dalam tanah.


Pada asalnya kitaran hidrologi
ini berada dalam keadaan yang seimbang dan apabila


proses pembandaran bertambah
pesat, keadaan ketidakseimbangan akan berlaku yang


memberikan impak negatif kepada
elemen-elemen hidrologi dalam bandar itu sendiri.


Misalnya kejadian banjir kilat,
kesan ke atas luahan (discas) sungai, kemerosotan kualiti


air di bandar dan juga kesan ke
atas sumber air bawah tanah.


Urbanisasi dan Kesan
ke atas Kitar Hidrologi


Aktiviti pembangunan bandar
seperti aktiviti penurapan muka bumi, pembinaan


bangunan konkrit dan penghapusan
tumbuhan untuk memperluaskan tapakbina bandar


boleh menggangu proses-proses
hidrologi yang sedia ada. Penurapan muka bumi telah


menyebabkan;


1. Kelembapan tanih di bandar berkurangan
ekoran daripada sifat bitumen atau


aspalt yang dapat menyerap dan
menyimpan haba.


2. Saiz ruang udara menjadi kecil
dan melindungi lapisan yang dapat dilalui


dengan mudah oleh air tanah
seperti lapisan pasir dan lapisan kerikil.


3. Mengurangkan potensi kapilari
tanih ekoran daripada permukaan yang kalis


air.


Ketiga-tiga keadaan inilah yang
menyebabkan jumlah dan kadar susupan air hujan di


bandar berkurangan. Kadar susupan
yang rendah akan mengakibatkan pengurangan paras


air tanah, mengurangkan bekalan
air kepada sistem akuifer sekali gus menggangu


keseluruhan edaran air tanah.
Sebaliknya kuantiti dan halaju (velositi) larian air


permukaan di bandar akan
meningkat dengan mendadak sehingga boleh menyebabkan


fenomena banjir kilat sekiranya
sistem saliran yang ada tidak dapat menampung kapasiti


air permukaan tersebut.


Satu lagi faktor
yang menyebabkan ketidakseimbangan kitar hidrologi bandar ialah


menerusi aktiviti
pemusnahan/penghapusan tumbuhan hijau dalam bandar bagi tujuan


memperluaskan tapak bina sesuatu
bangunan. Penghapusan tumbuhan ini akan


menyebabkan;


1. Pengurangan proses pepeluhan
(transpirasi) pokok yang seterusnya


mengurangkan wap air dalam udara.
Pembentukan udara lembab yang


mengandungi banyak wap-wap air
semakin sedikit dan ini boleh menjejaskan


jumlah dan taburan hujan di
bandar.


2. Menghapuskan fungsi cegatan
silara pokok (pintasan) terhadap air hujan.


Kehilangan kanopi dan silara
pokok membolehkan air hujan terus menimpa


permukaan bandar tanpa dihalang.
Halaju titisan air hujan yang tinggi ini tidak


berpeluang untuk menyusup masuk
ke dalam tanah apatah lagi keadaan liang


pore tanah yang tertutup. Justeru
itu, air hujan cenderung untuk membentuk


larian air permukaan.


3. Disokong pula oleh kehilangan
fungsi pintasan mendatar oleh akar-akar


pokok terhadap pergerakan larian
air permukaan. Oleh itu larian air


permukaan tidak berpeluang untuk
menyusup ke dalam tanah sebaliknya


mengalir-limpah ke sistem saliran
dalam bandar.


Impak Ke atas Sumber Air Sungai.


Proses urbanisasi yang pesat akan meningkatkan jumlah air sungai secara mendadak terutama sekali selepas hujan lebat turun dalam bandar. Walaupun curahan hujan hanya beberapa jam sahaja tetapi jumlah air permukaan biasanya adalah tinggi. Apabila situasi ini berlaku sistem saliran yang ada khususnya sungai-sungai di bandar sama sekali tidak boleh menampung kapasiti air tersebut dan terpaksa mengalir melimpahi tebingnya sebagai banjir kilat. Banjir kilat adalah sejenis “outflooding” yang berlaku dalam jangka 
masa yang singkat sahaja. Terdapat empat mekanisme utama yang menyebabkan banjir kilat berlaku di bandar; 

1. Bertambahnya kawasan permukaantak telap air yang akan menambahkan jumlah larian air permukaan dan mengurangkan jumlah air yang menyusup (infiltrasi) ke dalam tanah.

2. Menurap, melurus atau memperbaiki saluran sungai yang kesemuanya mengurangkan tempoh masa tangguhan antara hujan turun dengan larian air permukaan mengikut saluran.

3. Kerja-kerja landskap dan pembahagian tanah menjadi tapak bina bangunan selalunya memendekkan jarak air mengalir sebelum sampai ke laluan saliran dan dengan itu mengurangkan tempoh masa antara
hujan turun dengan berlakunya larian air mengikut saluran.

4. Penebusgunaan tanah seperti menimbus kawasan wet land (tanah lembab) seperti paya dan dataran banjir dalam bandar yang selama ini berfungsi menakung/menyimpan air. Oleh itu takungan air banjir semakin berkurangan dan air hujan lebih cepat mengalirsebagai larian air permukaan.

Ke empat-empat mekanisme inilah yang telah menyebabkan ruang daratan bandar mengalami daya susupan
yang kurang tetapi kadar larian air permukaan yang tinggi. Akhirnya apabila kuantiti air tidak dapat ditampung oleh saliran yang ada maka akan wujudlah banjir kilat. Kajian oleh ahli hidrologi yang bernama L.B. Leopold di kawasan seluas 44 batu persegi di bandar Sacremento, California mendapati bahawa 

“Pembandaran boleh meningkatkan min banjir tahunan sebanyak 6 kali di bandar berkenaan. Manakala sistem lembangan saliran di dalam bandar berkenaan boleh melimpahi air sebanyak 5 hingga 6 kali lebih kerap selepas pembandaran berlaku berbanding dengan pada masa sebelum pembandaran. Di kawasan bandar yang hanya 20% sahaja diturap kebarangkalian untuk banjir berlaku adalah sebanyak 20% juga tetapi di kawasan bandar yang 100% diturap maka kebarangkalian untuk
berlakunya banjir, juga adalah 100%”

Apabila sesebuah kawasan hutan itu digantikan dengan permukaan-permukaan tiruan yang tidak telap air 
seperti bitumen (tar), simen (konkrit) dan aspalt maka sudah pastinya resiko banjir akan meningkat. Permukaan-permukaan tiruan ini akan mengurangkan dengan signifikannya masa tangguhan titisan hujan tiba
ke dalam sistem saliran (sungai dan longkang). Hal ini amat berbeza jika kita bandingkan di antara kawasan hutan dengan kawasan bandar yang telah dibangunkan dengan pesat. 

Di dalam sesebuah ekosistem hutan semulajadi, titisantitisan hujan terpaksa melalui beberapa proses fizikal yang memanjangkan masa air hujan tiba ke dalam sistem saliran. Tambahan lagi hutan dan tanah juga berupaya menyerap sebahagian daripada air hujan yang turun lalu menyimpannya sebagai storan tanih. Justeru itu hanya sebahagian kecil sahaja daripada air hujan yang akan mengalir masuk ke dalam sistem saliran di permukaan. Hal ini tidak berlaku di bawah permukaan tiruan yang tidak telap air tadi. Hampir ke semua air hujan yang turun akan masuk ke dalam sistem saliran dalam tempoh yang singkat. Akibatnya masa tangguhan kadangkala cuma beberapa minit sahaja. Aliran yang begitu pesat ke dalam alur-alur sungai dan longkanglongkang dalam tempoh masa yang cepat ini akan menyebabkan berlakunya banjir kilat.

Di Malaysia, kekerapan fenomena banjir kilat meningkat dengan ketara pada tahun-tahun kebelakangan ini
terutamanya di kawasan bandar-bandar besar yang berkepadatan penduduk tinggi seperti di Kuala Lumpur, Georgetown, Ipoh dan lain-lain. Di Kuala Lumpur misalnya banjir kilat bukan sahaja melanda di kawasan pusat bandar tetapi juga merebak ke kawasan pinggir bandar seperti di Gombak, Cheras, Ampang dan 
lain-lain sejajar dengan tersebarnya pembangunan pesat bandar ke kawasan pinggiran tersebut. Bukit-bukit kawasan pinggir bandar seperti bukit Antarabangsa, Bukit Damansara, Bukit Kiara, Bukit Jalil sudah dipotong, ditarah, diteres untuk dijadikan kawasan kediaman dan juga kawasan perniagaan. Justeru itu kehilangan kawasan tadahan berlaku yang menyebabkan air hujan mengalir dengan lajunya sebagai larian air 
permukaan. Pada masa yang sama, kawasan-kawasan paya dan tanah bencah yang selama ini berfungsi  menakung dan menyimpan air telah ditimbus. Akhirnya air hujan terpaksa mengalir dalam bentuk aliran
banjir.

Kawasan dataran banjir di Malaysia juga menjadi pilihan utama untuk manusia


tinggal. Hal ini boleh dikaitkan
dengan sejarah awal ekonomi dan sistem pengangkutan.


Justeru perkembangan bandar-bandar utama adalah terletak di dataran banjir. Kini terdapat sekurang- kurangnya 3 juta penduduk Malaysia tinggal di bandar-bandar besar yang terletak di dataran banjir
ini. Dari tahun 1911 hingga 1990 kadar pembandaran di Malaysia telah meningkat dari 10.7% kepada 40.7% dan sebahagian besarnya berlaku di kawasan dataran banjir. Sehubungan itu, kadar penurapan muka bumi khususnya di kawasan dataran banjir ini meningkat dengan pantas. Sebagai contoh di kawasan dataran 
banjir tengah Lembah Kelang mengalami penurapan sebanyak 80% menjelang tahun 2005. Hal ini pastinya
meningkatkan kekerapan dan magnetiud banjir di kawasan berkenaan. Di Malaysia peningkatan kadar banjir kilat adalah sebenarnya berpunca daripada pembangunan yang melampau di kawasan dataran banjir sehingga mencetekkan dasar sungai, kaedah pengurusan banjir yang tidak cekap, memajukan tanah bukit secara berlebihan sehingga merosakkan kawasan tadahan air, menimbus kawasan tanah lembab(wet land) yang menjadi takungan air permukaan, sikap penduduk yang suka membuang sampah sarap sehingga
boleh menyekat aliran air sungai serta penggunaan tebing sungai untuk pertanian haram, perumahan haram (setinggan) dan lain-lain tujuan.


Impak Ke atas Luahan
(discas) Enapan sungai.


Sehubungan dengan meningkatnya
kejadian banjir kilat di bandar, terdapat satu lagi


elemen hidrologi yang menerima
kesan akibat proses pembandaran iaitu kesan ke atas


luahan bahan enapan yang dibawa
oleh sungai-sungai yang merintangi bandar atau


sungai-sungai yang menjadi tapak
bina sesebuah bandar. Luahan enapan ialah kombinasi


antara luahan (discas) air sungai
dengan bahan enapannya. Biasanya luahan enapan ini


berlaku di muara sungai. Semakin
banyak larian air permukaan yang memasuki sistem


sungai maka semakin banyaklah
luahan enapannya. Ini kerana larian air permukaan


tersebut akan membawa masuk
bahan-bahan seperti kelodak, lumpur, sampah sarap dan


bahan-bahan sisa terus ke dalam
sungai. Bagi menunjukkan kaitan antara kadar alir


sungai dengan luahan enapan yang
dihasilkan, Leopold (1986) telah membuat kajian


perbandingan antara kawasan
bandar Little Falls Branch dengan kawasan luar bandar


Watt Branch di Amerika Syarikat.
Keputusan kajiannya mendapati;


1. Kawasan bandar mempunyai
jumlah enapan/mendakan yang banyak disebabkan


oleh bertambahnya kadar kemuncak
air larian permukaan yang masuk ke sungai. Dalam


kes ini apabila kadar alir 10
kaki padu per saat maka luahan enapannya ialah 100 tan per


hari dan apabila air larian
mencapai maksimun 100 kaki padu per saat maka luahan


enapannya mencapai 5000 tan per hari.


2. Kawasan luar bandar pula
mempunyai jumlah enapan/mendakan yang kecil


disebabkan oleh kadar kemuncak
air lariannya yang kecil. Apabila air lariannya 10 kaki


padu per saat luahan enapan hanya
1 hingga 5 tan per hari dan apabila air larian mencapai


100 kaki padu per saat luahan
enapan adalah 900 tan per hari.


Perbezan keputusan ini jelas
menunjukkan bahawa pembandaran menjadi punca utama


kepada pertambahan bahan
enapan/mendakan yang terpaksa di bawa oleh larian air


permukaan dan juga aliran sungai.
Oleh sebab itulah setiap kali banjir kilat berlaku


penduduk bandar terpaksa berkerja
keras membersihkan kawasan rumah masing-masing


daripada enapan kelodak dan
lumpur.


Impak Ke atas
Kualiti Sumber Air dan Suhu Air di Bandar


Terdapat pelbagai jenis sumber
air semulajadi di bandar misalnya sumber air sungai,


tasik, kolam, paya, air bawah
tanah serta air hujan. Akibat pembandaran yang pesat


kualiti sumber-sumber air ini
juga kian merosot atau tercemar. Di antara sumber air yang


paling teruk terjejas ialah
sumber air sungai, air hujan dan juga air bawah tanah. Punca


pencemaran ini berlaku menerusi
pembuangan sisa industri, sisa domestik termasuk sisa


kumbahan dan juga perlepasan asap
kenderaan yang sememangnya meningkat sejajar


dengan peningkatan jumlah
penduduk bandar.


Kajian mengenai kualiti air
sungai adalah berdasarkan kepada nilai BOD


(Biochemical
Oxygen Demand)
iaitu
satu pengukuran tentang kadar penggunaan oksigen


larut dalam air. Paras BOD rendah
menunjukkan kualiti air sungai adalah bersih dan


apabila paras BOD semakin
meningkat, maka kualiti air sungai semakin merosot. Dalam


konteks ini kajian yang dilakukan
oleh Jabatan Alam Sekitar terhadap sungai Gombak


dan sungai Kelang menunjukkan
bahawa di hulu sungai Kelang paras BODnya adalah


rendah hanya 4 ppm (part per
million
) sahaja tetapi ianya meningkat kepada 13 ppm di


bandaraya Kuala Lumpur dan
seterusnya terus meningkat kepada 20 ppm selepas


merentasi bandaraya Kuala Lumpur
dan Petaling Jaya. Selain daripada sumber air


sungai, kualiti sumber air bawah
tanah juga kian merosot. Sisa-sisa industri yang


dilupuskan di tapak pembuangan
atau dibuang secara haram dan juga sampah sarap yang


dibuang di tapak pelupusan sampah
boleh teroksid menerusi proses pengoksidaan


misalnya menghasilkan asid
sulfurik dan asid nitrit. Apabila hujan turun asid ini akan


turut dilarut resapkan ke dalam
tanah sehingga air dalam tanah juga mengandungi nilai


keasidan yang tinggi. Keaslian
dan ketulenan air terjejas. Di sesetengah kawasan air


bawah tanah telah terjejas teruk
dengan mempunyai banyak bakteria Coliform dan


E.Coli. Sumber air bawah tanah di
kawasan ini langsung tidak boleh digunakan oleh


manusia.


Di antara proses pembandaran
dengan perindustrian lazimnya bergerak seiringan


dan segandingan. Kadar
pembandaran yang pesat turut dibantu oleh kepesatan proses


perindustrian yang berupaya
menarik lebih ramai penduduk berhijrah ke bandar-bandar


khususnya ke bandar-bandar besar.
Pertumbuhan kilang yang begitu banyak bermakna


lebih banyak bahan pencemar akan
dibebaskan ke udara. Kesannya kualiti air hujan boleh


merosot menerusi fenomena hujan
asid. Bahan-bahan pencemar yang dibebaskan ke


udara seperti karbon dioksida,
karbon monoksida, sulfur dioksida, hidro karbonhidrokarbon


yang lain boleh bertindak sebagai
nukleus pemelowapan untuk menarik


wap-wap air berkumpul ke arahnya
membesar membentuk manik-manik hujan. Apabila


proses ini berlaku bermakna hujan
yang turun adalah tidak tulen dan mengandungi asid.


Selain itu terdapat juga kajian
yang menunjukkan suhu air di bandar turut


meningkat akibat daripada proses
pembandaran. Permukaan bandar yang terdiri daripada


bitumen, aspalt dan bangunan
konkrit telah berupaya menyerap dan menyimpan haba dari


bahangan matahari. Haba yang
tersimpan ini dinamakan sebagai haba pendam. Dengan


adanya haba pendam inilah suhu
air di kawasan bandar lebih tinggi jika dibandingkan


dengan suhu air di kawasan luar
bandar.


Impak Ke atas Sumber
Air Tanah di Bandar


Air dalam tanah adalah salah satu
sumber bekalan air yang penting bagi


kebanyakan bandar samada sebagai
sumber air alternatif atau sebagai bekalan sumber air


yang tetap. Punca utama sumber
air dalam tanah adalah datangnya dari air hujan atau air


pencairan salji yang menyusup
masuk melalui liang-liang pore tanah. Penyusupan


(infiltrasi) ini disebabkan oleh;
diserap oleh koloid tanah, ditarik oleh daya kapilari dan


ditarik oleh graviti air. Proses
susupan boleh berlaku secara vertikal dan juga horizontal.


Pembandaran telah mengurangkan
sumber air tanah dimana jumlah air yang


disumbangkan oleh air hujan atau
pencairan salji semakin berkurangan yang disebabkan


oleh permukaan bandar tidak mampu
melakukan proses susupan/infiltrasi. Pada amnya


terdapat empat kesan pembandaran
terhadap sumber air dalam tanah iaitu; Pertama,


mengurangkan akuifer (pengandung
air), ke dua mengurangkan aras air tanah (water


table ground water), ke tiga
mengurangkan sumber air tanah untuk sungai dan ke empat


mengurangkan kekonduksian
hidrolik iaitu media berliang untuk meneruskan air


bergerak.


Akuifer ialah formasi geologi
yang boleh menyimpan air dalam tanah. Sistem


akuifer melakukan dua fungsi
hidrologi iaitu pertama, menyimpan air dalam tanah


sehingga air tersebut dikeluarkan
dan kedua menyediakan konduit untuk aliran air dalam


tanah berlaku. Fungsi yang ke dua
inilah yang menjamin sumber air kepada sungai


sentiasa ada (based flow) kerana
air dalam tanah sentiasa bergerak di sepanjang konduit


tersebut menuju ke sungai.
Sebagai sebuah sistem semulajadi, akuifer sentiasa berada


dalam keadaan seimbang jika ia
tidak diganggu. Ini bermakna input air yang memasuki


sistem akuifer adalah sama dengan
output air yang keluar dari sistem tersebut. Pada


masa yang sama input air yang
masuk akan disimpan sebagai storan. Ketiga-tiga elemen


input – storan –
output
ini
akan menentukan keseimbangan dinamik dalam


sistem akuifer akan sentiasa
dikekalkan. Ketiga-tiga elemen sistem akuifer ini


ditunjukkan oleh rajah di bawah:


STORAN


Elemen-Elemen Dalam Sistem Akuifer


Tetapi apabila proses pembandaran
berlaku, input air ke dalam sistem akuifer


akan terganggu. Liang-liang pore
permukaan tanah yang tertutup dengan bitumen,


konkrit dan aspalt akan
mengurangkan input air kepada sistem akuifer sekaligus


mengurangkan storannya. Pada masa
yang sama proses output sentiasa berlaku


khususnya pengambilan air tanah
oleh manusia di bandar itu sendiri di samping aliran


semulajadinya menuju ke sungai.
Apabila input berkurangan sedangkan output


berlebihan akan menyebabkan
sistem akuifer tidak lagi stabil. Dalam jangkamasa


panjang keadaan ini amat
merbahaya sekali kepada manusia. Pertama, sungai akan


kehilangan sumber air yang tetap
dan ke dua menggalakkan kejadian tanah mendap di


bandar kerana fungsi akuifer
sebagai
“span” tidak dapat
dilaksanakan.
Dalam
konteks


membekalkan sumber air kepada sungai
L.B. Leopold seterusnya menambah “


Kesemua air yang masuk ke dalam
sistem akuifer samada menerusi infiltrasi


(susupan) atau perkolasi (rembesan)
pada akhirnya akan menuju ke sungai.


Jumlah air dari kedua-dua proses
inilah yang memberikan bekalan air yang tetap


kepada sistem sungai untuk
membolehkan ianya terus mengalir sebagai aliran


dasar (based flow)”. Apabila
infiltrasi dan perkolasi berkurangan maka sungai-sungai


di bandar akan menjadi cetek dan
kekeringan air.


Gangguan kepada sumber air tanah
di bandar bukan sahaja melibatkan aktiviti


penurapan muka bumi malah ia juga
melibatkan aktiviti penyahutanan di kawasan


pinggir bandar. Kita telah sedia
maklum bahawa proses rebakan bandar dari pusat ke


pinggir akan melibatkan banyak
kawasan hutan ditebang dan bukit-bukit di pinggir


bandar di teres atau diratakan
untuk dijadikan tapakbina petempatan/perumahan, kawasan


perniagaan, pusat bandar baru,
kawasan industri dan lain-lain lagi. Kawasan hutan di


pinggir bandar yang selama ini
berfungsi sebagai kawasan tadahan air dimusnahkan.


Justeru, ini akan memberikan
kesan kepada bekalan air tanah. Sudah pastinya proses


susupan akan berkurangan ekoran
daripada kehilangan proses pintasan oleh kanopi pokok


yang menyebabkan paras air tanah
akan menurun. Keadaan ini akan menjejaskan bekalan


air yang tetap kepada sistem
sungai. Di samping itu ia turut mengurangkan bekalan air


kepada punca sungai yang bermula
di kawasan tadahan berkenaan.


Kesimpulan


Proses urbanisasi sememangnya
banyak menjejaskan hidrologi di bandar. Kitar


hidrologi yang selama ini berada
dalam keadaan yang seimbang akan menjadi tidak


seimbang. Fenomena
ketidakseimbangan hidrologi ini bukan sahaja memberikan kesan


negatif kepada elemen-elemen
fizikal dalam bandar malah ia turut menjejaskan aktiviti


manusia dalam bandar itu sendiri.
Oleh itu tidak hairanlah jika penduduk di bandar sering


terdedah dengan pelbagai ancaman
hidrologi seperti banjir kilat dan krisis air. Dalam


konteks ini pengurusan air yang
cekap dan lestari perlu diamalkan oleh semua lapisan


masyarakat agar sumber air yang
dianugerahkan oleh Allah SWT dapat dimanfaatkan


dengan sebaik-baiknya
dan tidak memberi musibah sepada manusia itu sendiri.