Kalau awak FOLLOW, saya follow sekali !

KliK Ini Sekali taw ! SEKALI JER :)

Wednesday, December 19, 2012

KEUSAHAWANAN

Keusahawanan


.Ciri-ciri yang dimiliki

seseorang usahawan dalam menjana idea baru untuk perniagaan.Ciri ini penting
bagi meningkatkan  daya pengeluaran dan
menyumbang kepada kejayaan perniagaan.

2.Ciri-ciri
usahawan,berkebolehan,berkemampuan dan cenderung untuk mencari,mengesan dan
merebut peluang perniagaan,mengusahakan perniagaan tersebut,melakukan
pembaharuan serta pengubahsuian yang produktif.

3.Menurut Kuratko dan
Hodgetts,keusahawanan melibatkan penciptaan usaha niaga baru.


4.Jeffrey A.Thomas mendefinisikan
sebagai tindakan kreatif manusia membangunkan sesuatu yang bernilai daripada
sesuatu yang tidak bernilai.

Usahawan

1.Seseorang yang memulakan
sesuatu atau sentiasa mencuba atau mencipta sesuatu yang baru.

2.Melakukan pengubahsuian dan
pembaharuan(inovatif),mewujudkan pasaran,sanggup menghadapi risiko,dan berusaha
untuk menjayakan perniagaannya.

Peniaga

1.Seseorang yang menceburi
perniagaan untuk mendapatkan keuntungan tetapi tidak menunjukkan  keinginan untuk mengembangkan perniagaannya.

2.Penglibatan peniaga hanya untuk
menjalankan aktiviti jual beli sahaja.Peniaga ialah seorang yang tidak kreatif
dan inovatif.Selain itu,peniaga tidak mengutamakan sumbangan dan khidmat kepada
masyarakat dan negara.

Pengurus

1.Seseorang yang bertanggungjawab
menjalankan fungsi pengurusan sesebuah perniagaan.

2.Fungsi pengurusan terdiri daripada aktivti merancang ,mengorganisasi,mengarah dan mengawal bagi memastikan aktiviti  dijalankan dengan betul  dalam usaha mencapai matlamat organisasi.

No comments: