Kalau awak FOLLOW, saya follow sekali !

KliK Ini Sekali taw ! SEKALI JER :)

Wednesday, December 19, 2012

TAUFAN



Fail:Cyclone Catarina from the ISS on March 26 2004.JPG

Taufan atau siklon tropika merupakan ribut akibat haba yang dilepaskan apabila udara panas naik dan wap udara di dalamnya memeluwap. Dinamakan siklon tropika kerana ia serupa siklon dan terjadi di tropika, putarannya melawan jam di hemisfera utara dan mengikut arah jam di hemisfera selatan.

 

Kesan taufan

Kesan serangan Taufan Katrina di Gulfport, Mississippi. Taufan Katrina adalah siklon tropika yang mengakibatkan kerugian paling besar dalam sejarah Amerika Syarikat.
  • Taufan yang berlaku di tengah lautan menyebabkan hujan lebat, angin kencang serta ombak besar, menjejaskan aktiviti perkapalan antarabangsa serta boleh menenggelamkan kapal.
  • Di daratan pula, angin kencang boleh merosakkan atau memusnahkan bangunan dan harta benda, menjadikan puing-puing kepada objek terbang yang boleh membunuh. Selain itu, taufan juga mengakibatkan banjir besar.
  • Sejak dua kurun yang lalu, taufan bertanggungjawab menyebabkan kematian lebih kurang 1.9 juta mangsa di seluruh dunia.

TAUFAN ADALAH RIBUT TROPIKA

ru_02_1gambar_ribut_taufan
Kelajuan angin kencang akibat taufan mampu menerbangkan apa sahaja objek
TAUFAN atau siklon tropika adalah ribut akibat haba yang dilepaskan apabila udara panas naik dan wap udara di dalamnya meluwap.
Dinamakan siklon tropika kerana ia serupa siklon dan terjadi di tropika manakala putarannya melawan jam di hemisfera utara.
Kawasan-kawasan yang berlainan mempunyai nama tersendiri untuk fenomena taufan. Sebagai contoh, ribut tropika dikenali sebagai hurikan di Atlantik Utara.

Manakala siklon tropika atau taufan dinamakan di Asia Tenggara, Chubaso di Filipina dan Willy Willies di Australia.

Walaupun takat suhu lautan dan kekuatan taufan tiada kadar secara langsung, namun impak yang nyata disebabkan oleh kesan rumah hijau.

Menurut Pengarah Jabatan Meteorologi, Saw Bun Ling, taufan sering berlaku di kawasan tertentu yang terdedah pada suhu lautan Pasifik melebihi 26 darjah Celsius.

"Taufan yang berlaku di tengah lautan menyebabkan hujan lebat, angin kencang serta ombak besar, menjejaskan aktiviti perkapalan antarabangsa serta boleh menenggelamkan kapal.

"Di darat pula, angin kencang boleh merosakkan atau memusnahkan bangunan dan harta benda sehingga menyebabkan objek terbang sekali gus membahayakan penduduk.

"Selain itu, taufan juga mengakibatkan banjir besar," katanya ketika dihubungi Kosmo!.

Tambah Bun Ling, terdapat beberapa peringkat perkembangan dalam pembentukan taufan. Peringkat pertama gangguan tropika itu adalah sistem ribut petir yang tertumpu di kawasan bertekanan rendah dengan kelajuan angin kencang kurang daripada 60 km/j.
Manakala ribut tropika adalah sistem ribut petir kuat dengan kitaran permukaan tertentu serta kelajuan angin maksimum antara 60-120 km/j.

Sungguhpun siklon sudah mula terbentuk, tetapi mata taufan biasanya masih belum terbentuk.

Seterusnya taufan pula adalah ribut tropika dengan angin kencang melebihi 120 km/j. Ketika ini, mata taufan mula terbentuk sekali gus memudahkan taufan dikesan melalui imej satelit.

"Ribut tropika pula dikategorikan sebagai ribut taufan apabila kelajuan angin maksimum meningkat melebihi 120 km/j berikutan pengurangan dalam tekanan permukaan," jelasnya.

Selain itu, saintis mendapati dua pertiga daripada peningkatan suhu lautan, yang boleh menyebabkan taufan, disebabkan oleh tindakan manusia.

Catatan tahun lalu menunjukkan telah berlaku peningkatan yang serius dalam kejadian ribut kategori empat dan lima di seluruh dunia.

Kategori yang membawa kemusnahan teruk itu adalah yang terkuat dan paling kerap berlaku sepanjang sedekad lalu.

Laporan penyelidikan oleh Kerry Emanuel dari Institut Teknologi Massachusetts, Amerika Syarikat (AS) menunjukkan bahawa tempoh masa, kelajuan angin maksimum dan pelepasan tenaga yang disebabkan oleh ribut tropika telah meningkat di Atlantik Utara dan lautan Pasifik Utara sejak pertengahan tahun 1970-an.

Peter Webster dari Institut Teknologi Georgia, AS, mencatatkan kejadian ribut kategori empat dan lima berlaku sebanyak 171 kali sepanjang tempoh 15 tahun dari 1975 hingga 1989, tetapi kejadian bencana itu meningkat kepada 269 kes dalam tempoh 15 tahun berikutnya.

Menurut Webster, peningkatan intensiti tersebut berkait rapat dengan kenaikan suhu laut, yang diakibatkan oleh pemanasan global.

Pada Jun lalu, saintis Kevin Trenberth dari Pusat Penyelidikan Atmosfera Kebangsaan AS telah mengenal pasti kemunculan musim ribut yang ketara di kawasan Atlantik Utara.

Menurutnya, lebih 50 peratus daripada punca peningkatan itu disebabkan aktiviti manusia.

AS terus berwaspada dengan ancaman ribut selepas taufan Katrina membawa kemusnahan teruk di sekitar New Orleans pada Ogos 2005.
Ribut Taufan

Pengenalan

            Ribut tropika merupakan nama umum yang merujuk hepada ribut kuat yang berputar dengan diameter beberapa ratus kilometer. Ribut ini terbentuk dan bermula di kawasan perairan tropila atau sub- tropika.

            Kawasan- kawasan yang berlainan mempunyai nama yang tersendiri untuk fenomena rebut tropika. Sebagai contoh, rebut tropika dikenali sebagai hurricane di Atlantik Utara, typhoo di Pasifik, siklon tropika atau taufan di Asia Tenggara, Chubaso di Filipina, dan Willy Willies di Australia. Imej satelit tropika menyerupai sebuah sistem gegelung yang ketat dengan kelompok awan yang berlingkar ke arah gegelung tersebut.

            Terdapat beberapa peringkat perkembangan dalam pembentukan siklon tropika. Peringkat pertama dengan lekukan tropika apabila beberapa rebut petir yang berasingan berkumpul di bawah keadaan atmosfera dan perairan yang sesuai untuk tempoh masa yang tertentu.

            Kelajuan angina maksima lekukan tropika adalah 63 kilometer per jam (km/j). Imej satelit lekukan tropika tidak menunjukkan sebarang organisasi yang jelas berbanding peringkat- peringkat yang seterusnya. Lekukan tropika yang lebih intensif dengan kelajuan angin maksimum antara 64 hingga 117km/j dikatakan telah memasuki peringkat kedua, iaitu ribut tropika.

            Perkembangan ini mengambil tempoh masa antara setengah hari hingga dua hari dan ribut tropika tersebut diberi nama pada peringkat ini. Imej satelit ribut tropika akan memaparkan putaran yang lebih teratur dan bentuk lingkaran yang kelihatan lebih jelas.

            Ribut tropika seterusnya dikategorikan sebagai ribut taufan apabila kelajuan angin maksimum menigkat melebihi 118 km/j berikutan pengurangan dalam tekanan permukaan. Rotasi arah jam yang ketara terbentuik di sekeliling bahagian terasnya dan sebuah bintik gelap kelihatan di tengah- tengah ribut taufan. Ini merupakan mata ribut taufan dan merupakan kawasan yang paling tenang dalam sistem tersebut. Kawasan dinding mata di sekeliling mata mengalami angin yang amat kencang serta hujan lebat.

            Ribut taufan boleh dikelaskan mengikut kelajuan angin pada skala Saffir- Simpson yang dibentuk pada 1969. Skala ini terbahagi kepada kategori satu hingga lima, di mana lima melambangkan ribut yang paling dahsyat. Ribut taufan boleh berlanjutan selama dua minggu di bawah keadaan atmosfera yang sesuai.

            Namun, ribut taufan akan hilang kelajuannya apabila sampai ke perairan atau daratan yang lebih tinggi suhunya.

            Walaupun ini menggambarkan keseluruhan proses penjanaan ribut taufan, perlu diingat bahawa setiap lekukan tropika tidak semestinya berkembang menjadi ribut taufan.

Kesan- kesan Siklon Tropika

Siklon tropika boleh membawa banyak kesan buruk kepada semua hidupan, termasuklah manusia sendiri. Antara kesan- kesan siklon tropika ialah

  1. Menjejaskan aktiviti perkapalan
  2. Merosakaan kenderaan. Bangunan, jambatan dan struktur- struktur lain
  3. Mengakibatkankematian
  4. Mengakibatkan berlakunya tanah runtuk
  5. Mengakibatkan wabak penyakit
  6. Menggalakkan pembiakan nyamuk
  7. Mengakibatkan bekalan elektrik dan sistem komunikasi terjejas


Siklon Tropika

Siklon Tropika adalah ribut ganas yang berputar dan berdiameter beberapa ratus kilometer yang terbentuk di perairan tropika. Melalui satelit, ia dilihat seperti satu sistem gegelung ketat penuh kuasa dengan jalur awannya melingkar keluar. Bagi siklon tropika matang, wujud satu kawasan di pusatnya dikenali mata yang udaranya secara relatif adalah tenang dengan sedikit awan. Kawasan ini dikenali sebagai mata bagi siklon tropika.

Siklon Tropika Dikelaskan Seperti Berikut:

Lekukan Tropika – satu sistem terdiri daripada awan dan ribut petir yang berputar dengan kelajuan angin maksimum 63kmpj
Taufan – Satu sistem cuaca tropika hebat yang berputar dengan kelajuan angin maksimum 118kmpj atau lebih
Ribut Tropika – Satu sistem ribut petir kuat yang berputar dengan kelajuan angin maksimum antara 64 – 117kmpj
Bagaimana Siklon Tropika Terbentuk?

Siklon tropika terbentuk di kawasan lautan yang suhu permukaanya 26° C atau lebih. Di rantau Asia, siklon tropika lebih dikenali sebagai taufan. Ia terbebtuk semasa musim panas Hemisfera Utara di mana suhu di Lautan Pasifik adalah panas dan sesuai untuk aktiviti perolakan. Sistem tekanan rendah terbentukl di lautan tropika yang panas dan bergerak ke arah barat, ia mengembang daripada lekukan tropika membentuk ribut tropika dan akhirnya, menjadi taufan yang matang.

Perkembangan lekukan tropika kepada taufan bergantung kepada tiga keadaan:

• Suhu tinggi di permukaan laut
• Kelengasan
• Corak angin berhampiran permukaan laut yang melingkarkan udara ke arah dalam

Semasa pembentukan siklon, haba dan tenaga terkumpul berhubungan dengan air laut yang panas. Haba dan kelengasan yang terhasil oleh penyejatan permukaan laut memberi tenaga kepada siklon seperti kuasa enjin haba raksasa. Jaluran ribut petir yang terbentuk membolehkan udara menjadi lebih panas dan naik meninggi di dalam atmosfera.

Mata siklon berdiameter antara 30 – 100 kilometer merupakan pusat tekanan rendah ribut tropika. Kawasan di mana berlakunya aktiviti paling aktif adalah di sekeliling mata, ia dikenali sebagai dinding mata. Di sini, udara melingkar ke arah atas dan ke arah luar dengan kelajuan yang meningkat. Sebahagian daripada udara bergerak ke arah dalam dan tenggelam ke dalam mata, membentuk kawasan bebas awan.


Bilakah Taufan Biasanya Berlaku?

Taufan biasanya muncul di barat Pasifik Utara pada awal Mei, bilanganya bertambah dan mencapai maksimum di bulan September. Kebanyakan taufan terbentuk di kawasan latitud antara 5º U dan 20º U, dan longitud antara 130º T dan 170º T. Taufan biasanya bergerak menghala ke arah barat melintasi Filipina dan seterusnya melencong ke arah timur laut menuju daratan Asia.

Apakah Taufan Memberi Kesan Kepada Malaysia?

Taufan jarang berlaku di selatan latitud 5º U. Di Malaysia tidak wujud landaan terus taufan. Akan tetapi, semasa perjalananya melintasi Filipina menuju Laut China Selatan, Malaysia menerima kesan ekor dalam bentuk angin kencang dan hujan ribut yang kerap melanda Sabah di Malaysia Timur. Kadang-kdang taufan yang berada di sekitar pantai vietnam juga memberikan kesan yang sama kepada negeri-negeri di barat laut Semenajung Malaysia.

Ribut tropika GREG yang melanda pantai barat Sabah pada malam 25 Disember 1996 dan ribut tropika Vamei yang melanda pantai tenggara Johor pada 27 Disember 2001 adalah dua kes pengecualian yang jarang sekali berlaku. Ribut yang bertiup pada kelajuan 70 kmpj itu telah memusnahkan rumah-rumah dan mengganas selama beberapa jam sebelum menjasi lemah.

Bahaya Berkaitan Taufan

Luruan Ribut

Suatu kubah air yang besar, lebarnya antara 80 – 160km yang melanda pinggir pantai berhampiran tempat taufan bertemu daratan. Taufan yang kuat dan perairan yang cetek akan menghasilkan luruan yang lebih tinggi. Luruan ribut mengancam nyawa dan harta benda terutamanya di kawasan pantai.

Hujan Lebat

Hujan mencurah-curah menyeluruh, boleh menyebabkan banjir yang memusnahkan.

Angin Kencang

Daya angin taufan boleh memusnahkan bangunan dan struktur binaan yng tidak kukuh. Serpihan runtuhan akan berterbangan dalam taufan. Langkisau kuat boleh menumbangkan pokok dan memutuskan talian elektrik yang boleh menyebabkab gangguan besar.

No comments: